Oleh Ku Mohd Lufti
Puteri Mary dari negara Denmark melawat sebuah sekolah di Rio de Janeiro semalam sebagai salah satu daripada acara untuk mempromosi Sukan Olimpik yang akan bermula esok.
Puteri Mary tiba di Edi Professora Norma Andrade Nogueira di bahagian selatan Rio bersama sama wakil dari Brazil dan Denmark.
Beliau disajikan dengan nyanyian oleh kumpulan koir bersama sama kanakan kanak dari sekolah tersebut.
Puteri Mary kemudiannya menyampaikan barang mainan LEGO serta 160 barangan sumbangan syarikat syarikat dari Denmark kepada 300 pelajar.
“Kami mengharapkan kejutan daripada tuan rumah Sukan Olimpik. Saya teruja untuk menyaksikan upacara perasmian dan perjalanan sukan khususnya atlet atlet Denmark yang akan bersaing dengan atlet bertaraf dunia,” kata Puteri Mary.
Pengarah sekolah, Michelle Mendes berkata lawatan Puteri Mary menjadi simbolik hubungan dua hala diantara Brazil dan Denmark.
Sebelum berangkat pulang, Puteri Mary turut meluangkan masa bermain LEGO bersama kanak kanak di sekolah tersebut.