Lebih 800 pengamal seni mempertahankan diri Taekwon-do bakal berkampung di Putrajaya selama 2 hari pada 16 dan 17 September bagi menyertai Cabaran Taekwon-do Putrajaya atau Putrajaya Taekwon-do Challenge (PTC)

Edisi kali kelima itu mendapat penyertaan menggalakkan susulan dari empat edisi yang dijalankan sebelum ini sejak tahun 2013 lagi.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Taekwon-do Putrajaya Muhd Zaidi Surati ia merupakan satu perkembangan yang baik terutama dalam memperkembangkan lagi Taekwon-do di peringkat akar umbi terutama di Wilayah Persekutuan.

“Pada mula-mula kita buat 2013, masa tu kita buat di sekolah sahaja. Masa itu kita ada 4 gelanggang, penyertaan tak berapa ramai, dalam 300, kita masih pakai manual. Bila orang dah kenal dengan cara kita, mereka pun yakin dengan kejohanan yang kita buat ,” katanya.

Menurut Zaidi lagi buat pertama kali juga semua perjalanan kejohanan termasuk pendaftaran dan pemarkahan dijalankan secara online.

“Kebanyakan perjalanan kejohanan masih lagi pakai system kertas lagi. ia masih dalam proses pembangunan tetapi ia boleh diketengahkan.

“Start daripada pendaftaran, key in, semua pakai tab. Dia check, dia dah bagi boring menrusi online, so taip nama dia dah confirm. Contoh 59 kilogram, confirm. Masuk dalam system dan terus pergi ke jadual,” katanya.

Pihaknya juga sedang merancang untuk memperluaskan kejohanan di peringkat antarabangsa dengan permulaan kejohanan jemputan sebelum ke kejohanan terbuka.

Ia bagi memberi peluang kepada atlet dari Malaysia merasai sendiri pengalaman merasai persaingan dengan atlet dari luar Negara.

Ini kerana buat masa ini pihaknya masih mengharapkan dana dan tajaan untuk membawa juara-juara terpilih ke kejohanan besar yang kebiasaannya diadakan di luar Negara justeru pihaknya juga akan berbincang dengan pihak Persekutuan Tawkwon-do Antarabangsa (ITF) untuk membawa kejohanan peringkat besar di Malaysia.

Zaidi berkata PTC adalah kejohanan yang diiktiraf Kementerian Belia dan sukan dengan sijil dikeluarkan adalah merit untuk pelajar sekolah dan universiti.

PTC menawarkan lebih kurang 80 acara termasuk Pattern, Free Sparring dan Breaking.

Majlis perasmian dijangka disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

MENGENAI ‘ACTION MARTIAL ARTS ACADEMY LEAGUE’ (AMAAL)

AMAAL telah ditubuhkan pada tahun 2000, menjadi platform utama Persekutuan Taekwon-do Antarabangsa (ITF) dalam memperkukuh dan menyebar luas seni mempertahankan diri Taekwon-do di Malaysia.

Sejak tahun 2000, AMAAL telah bergerak sedikit demi sedikit untuk terus menjadi yang terulung dalam Seni Mempertahankan Diri di Malaysia. Pelbagai Aktiviti dan Kejohanan telah diatur dan menjadikan AMAAL di antara Akademi Taekwon-do yang aktif di Malaysia dan dikenali. Sehingga kini AMAAL telah melatih melatih ramai pelatih seawal usia 5 tahun dan melahirkan ramai jurulatih Taekwon-do Profesional wanita disamping mengangkat martabat golongan ini di peringkat antarabangsa.

MENGENAI PERSEKUTUAN TAEKWON-DO ANTARABANGSA (ITF)

Persekutuan Taekwon-do Antarabangsa atau International Taekwon-do Federation (ITF) telah ditubuhkan pada 1955. Bermula di Korea Selatan, ia adalah sebuah organisasi terbesar Seni Mempertahankan Diri Taekwon-do di dunia. Malaysia adalah antara Negara terawal yang mempelopori seni memprtahankan diri ini.

- Advertisement -