Bagaimanapun, katanya, KRM harus memenuhi segala syarat yang ditetapkan oleh Persekutuan Ragbi Dunia terutamanya dalam aspek perjalanan kejohanan tersebut yang dijangka berlangsung pada April dan Mei depan.
Kata Khairy, walaupun stadium berkenaan akan digunakan buat pertama kalinya untuk sukan ragbi, namun keadaan padang yang tidak mempunyai banyak masalah disifatkan sebagai sesuai bagi tujuan itu.
“Kelengkapan sedia ada juga mencukupi untuk menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah kejohanan berkenaan dan kita telah beri kelulusan itu kepada KRM,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama 350 peserta ‘The 44th Ship for Southeast-Asian and Japanese Youth Program’ (SSEAYP 44/2017), di sini malam ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai wujudnya cadangan baru-baru ini supaya KRM mengusulkan penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang bagi pertembungan perlawanan antara Malaysia dengan Hong Kong dan Korea Selatan secara round robbin itu.