
Kini para peminat sukan ragbi tanah air sekali lagi mendapat khabar gembira apabila skuad Bunga Raya telah melonjak ke tangga kedudukan ke-47 di persada ragbi dunia di mana sebelum ini menghuni di tangga ke-55. Ini adalah kedudukan tertinggi pernah dikecapi oleh skuad Bunga Raya ini! Rentetan ini setelah kejayaan menewaskan Sri Lanka yang berada di kedudukan tangga dunia ke-39 dalam perlawanan terakhir Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 di Padang Ipoh minggu lepas.
Bunga Raya melangkah besar di kedudukan dunia setelah mencatat kemenangan dalam semua perlawanan Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 lalu sekali gus mengekalkan selaku penyandang juara Divisyen 1 ini buat kali kedua berturut-turut.
Misi seterusnya buat skuad ini adalah untuk berentap di Kejohanan Ragbi Asia Premier 2018 bersama-sama dengan Hong Kong dan Korea. Sekiranya berjaya maka langkah seterusnya adalah ke slot pusingan repechage untuk ke Piala Dunia Ragbi 2019 di Jepun nanti.
Kedudukan semasa boleh dirujuk di – http://www.worldrugby.org/rankings/mru