Arena ragbi antarabangsa bakal menyaksikan satu lagi kejohanan baru dimana kelab kelab terbaik dunia akan bertarung bagi merebut Piala Kejuaraan Dunia yang dijangka akan bermula pada 2022.

Perbincangan dengan wakil wakil kelab telah diadakan dan kesemua pihak memberikan reaksi yang positif berhubung inisiatif ini.

Kejohanan ini akan melibatkan 16 pasukan terbaik dunia dan akan berlangsung empat tahun sekali.

Pengurusan liga Premiership, Pro 14 dan dari Perancis ketika membentangkan cadangan ini menerusi sidang video dengan badan induk ragbi dunia turut menyatakan potensi dan pulangan yang dijangka mencecah jutaan Pound Sterling.

Pengerusi Kelab Ragbi Eropah, Simon Halliday berkata, pihaknya diberi peranan untuk membentangkan perancangan melihat penganjuran empat tahun sekali itu bertujuan mengelak daripada pertindihan beberapa kejohanan besar seperti Jelajah Lions dan Piala Dunia.

Segalanya bergantung kepada persiapan dan perancangan dan Halliday berpandangan dengan keadaan semasa, Piala Kejuaraan Dunia akan berlangsung samada 2022 atau 2024.

 

 

- Advertisement -