Kekalahan dalam aksi pembukaan Kejuaraan Piala AFF B16 tahun ke atas Thailand perlu diterima skuad kendalian Raja Azlan Shah Raja So’ib dan perlu memberi tumpuan pada perlawanan seterusnya.

Namun, cerita tersirat disebalik kekalahan itu, Raja Azlan mendedahkan, pemain pemain tidak bermain seperti yang diinginkan khususnya selepas 15 minit perlawanan berlansung.

‘Peperangan’ berlaku sepanjang permainan melibatkan segelintir penyokong fanatik Indonesia yang menghentam dan mengkritik skuad muda ini sekaligus memberikan tekanan ke atas pemain pemain.

“Kami menguasai perlawanan pada 15 minit pertama. Namun, selepas gol sendiri, kami hilang fokus ditambah dengan kehadiran penyokong yang membuat bising dan mengganggu tumpuan serta emosi pemain,”kata Raja Azlan.

Walaubagaimanapun, pemain pemain tetap meneruskan perlawanan sehingg wisel penamat dibunyikan yang menyaksikan Malaysia tewas 1-2 ke atas Thailand.

Meskipun pegawai keselamatan berjaya meredakan keadaan, namun ia ibarat ‘permulaan’ buat segelintir penyokong tempatan bahawa situasi itu melibatkan skuad kebangsaan akan berterusan sepanjang kejohanan.

FAM baru baru ini mengeluarkan kenyataan telah menghantar surat bantahan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) berhubung situasi ini, namun ia tampak bukan jaminan untuk pasukan bawah 16 tahun negara untuk bermain dengan tenang.

Hanya kesilapan kecil daripada anak muda yang tiada niat untuk mencetus suasana tegang seperti yang sedang berlaku ketika ini, situasi tampak masih belum menemui jalan penyudah.

Memetik kenyataan Pengarah Kanan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) Safirul Azli Abu Bakar kepada Sukan NSTP baru baru ini yang sudah mengingatkan kepada semua jurulatih tentang peraturan senyap di media sosial ketika menghadapi kejohanan.

Namun, secara realistiknya, ia masih belum ‘berkesan’ kerana mesej yang disampaikan berkenaan peraturan senyap tidak ‘diterima’ sepenuhnya kesemua yang terlibat.

Mahu atau tidak, pendekatan yang lebih efisien diperlukan dan bukan sekadar memberi peringatan semata mata perlu dilakukan kerana banyak lagi kejohanan yang akan diharungi bukan sahaja skuad bawah 16 tahun, malahan kesemua peringkat umur skuad bolasepak dan mungkin atlet atlet lain.

 

 

 

 

- Advertisement -