Rakan kongsi Liga Malaysia menerima peletakan jawatan Presiden Malaysian Football League (MFL) Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dengan hati terbuka dan menyatakan untuk terus memberikan sokongan kepada MFL di bawah teraju baharu Datoâ Ab Ghani Hassan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah Darul Aman FC, Khamal Idris Ali menganggap keputusan Hamidin untuk melepaskan jawatan adalah wajar untuk beliau memberikan fokus 100 peratus kepada tugasnya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Jelasnya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL adalah dua skop entiti berbeza dan beliau percaya semua pihak memahami bukan mudah untuk menguruskan dua tugas dalam satu masa terutamanya dalam tempoh pandemik ini.
âSaya memahami apabila Datuk Haji Hamidin buat keputusan untuk letak jawatan kerana kita tahu beliau ingin memberikan sepenuh perhatian kepada bola sepak negara.
âSementara Datoâ Ab Ghani boleh memberikan tumpuan terhadap bagaimana mahu menjadikan liga kita lebih begerak dengan lebih proaktif pada masa akan datang.
âHarapan saya ialah beliau (Datoâ Ab Ghani) dapat membantu kelab-kelab dalam soal penswastaan serta bersama-sama mencari jalan bagi menjana pendapatan di waktu pandemik ini.
âBeliau dan saya kebetulan seorang pemain bola sepak, maka sudah tentu pemahaman mengenai pengurusan bola sepak lebih mendalam serta lebih cepat dalam menyelesaikan sesuatu masalah jika ada sebarang isu,â katanya.
Datoâ Ab Ghani yang sebelum ini memegang jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif MFL telah dilantik sebagai presiden menggantikan Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang telah meletak jawatan pada 12 Ogos lalu di mana perlantikan tersebut dibuat menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL hasil daripada Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC, Ab Rasid Bin Jusoh pula menyifatkan Dato Ab Ghani yang sebelum ini menjawat jawatan CEO MFL mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Haji Hamidin selepas melihat bagaimana beliau memastikan kelancaran Liga Malaysia khususnya pada musim ini.
âPertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datoâ Ab Ghani kerana telah diberi kepercayaan untuk menerajui MFL selaku Presiden.
âKita sedia maklum beliau sememangnya berkebolehan berdasarkan tugas beliau selaku CEO sebelum ini dan bagaimana beliau dan rakan sekerja menyakinkan pihak tertentu untuk memastikan liga terus berjalan.
âItu kekuatan yang saya dapat lihat ada pada beliau dan saya percaya gandingan beliau bersama CEO baharu nanti akan lebih baik berlandaskan pelan yang betul bagi menjamin kecemerlangan sukan bola sepak iniâ, jelasnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Suffian Awang pula berharap sokongan berterusan akan diberi kepada Ab Ghani selaku Presiden baharu kerana percaya ia bukanlah tugas yang mudah untuk digalas terutamanya dalam tempoh pandemik COVID-19 ketika ini.
âSaya nak ucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikan tersebut kerana beliau juga merupakan orang yang dah lama dalam sukan bola sepak ini.
âKita sememangnya memerlukan orang yang sudah mahir dan berpengalaman untuk mengemudi MFL dan ini langkah yang baik apabila Datoâ Ab Ghani dilantik sebagai Presiden.
âCuma tugas kita semua adalah untuk sama-sama bekerjasama dan memberikan sokongan padu dalam keadaan COVID-19 yang sedang berlaku sekarang ini,â katanya.
Datoâ Ab Ghani yang merupakan bekas pemain Negeri Sembilan kini menjadi individu keempat yang dipilih sebagai Presiden MFL selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riâayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah, Tunku Ismail dan Datuk Haji Hamidin.