Oleh Ku Mohd Lufti
Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Rashid Sidek berpendapat, peluang skuad Piala Thomas negara untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Piala Thomas dan Uber dilihat lebih cerah.
Barisan pemain yang diketuai jaguh utama negara Datuk Lee Chong Wei adalah senarai terbaik daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menggalas cabaransehingga ke pusingan akhir di Kunshan, China dari 15 hingga 22 Mei ini.
“Pada saya, mungkin ini adalah keputusan terbaik pada BAM walaupun ada timbul rasa tidak puas hati di kalangan pemain terutamanya mereka yang dilihat lebih layak dari segi ranking dan prestasi semasa.
“Peluang untuk berada di separuh akhir memang cerah. Tapi kalau BAM sasar untuk ke final, line up bukan macam ini, line up lebih bagus dari itu,” katanya.
Skuad Piala Thomas negara dibarisi empat perseorangan lelaki yang diketuai Datuk Lee Chong Wei, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Chong Wei Feng, Goh Soon Huat serta tiga pasangan beregu iaitu Goh V Shem/Tan Wee Kiong, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan Teo Ee Yi/Ong Yew Sin.
Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, England dan Jerman, manakala juara bertahan Jepun diundi bersama China, Peranchis dan Mexico dalam Kumpulan A.