rio

Oleh Ku Mohd Lufti

Hasrat ratu terjun negara Pandelela Rinong untuk mempertahankan pingat gangsa yang dimenanginya ketika Olimpik London 2012 apabila sekadar menduduki tangga ke 11 di pusingan akhir awal pagi tadi.

Pandelela ‘kecundang’ sepenuhnya apabila terjunan ke 2 dan 5 sekadar memberikan 53.65 mata dan 59.20 mata tatkala lain lain terjunan, beliau melakukan dengan baik.

Lengkap 5 terjunan, Pandelela mengumpul 330.45 mata untuk menduduki tangga ke 11 daripada 12 finalis yang beraksi.

Penerjun dalam pembikinan Nur Dhabitah Sabri mempamer aksi yang positif meskipun menamatkan saingan ditempat ke 9, mencatat338.00 mata selepas melangkapkan lima terjunan

China mengutip pingat emas dan perak dalam acara ini masing-masing melalui Ren Qian (439.25) dan Si Yajie (419.40).

Peserta Kanada Meaghan Benfeito mengumpul 389.20 mata untuk memenangi pingat gangsa.

- Advertisement -