Prinsipal Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali berharap persetujuan dapat dicapai diantara pasukannya dengan Valentino Rossi dalam masa terdekat.
Pelumba kelahiran Itali itu diibarat sudah sebelah kaki untuk menyertai Petronas Yamaha SRT bagi musim 2021, namun masih memerlukan beberapa perbincangan lanjut sebelum keputusan akhir dimuktamad.
Jelas Razlan, Rossi masih mahu berlumba pada tahun depan meskipun prestasi semasanya yang masih kabur kerana musim 2020 terpaksa ditangguhkan susulan penularan Coronavirus.
Pengurusan mengharapkan Rossi yang juga juara dunia enam kali dapat memberi kata putus sebelum penghujung bulan Jun.
Razlan turut menambah, perbincangan diantara kedua dua pihak, adalah positif dan jika segalanya berjaya dengan baik, perbincangan bagi fasa akhir akan berlangsung dan dimuktamadkan sebelum musim 2020 bersambung bulan depan.
Petronas Yamaha SRT akan mengadakan persidangan video untuk mengetahui apa yang pasukan boleh harapkan kepada The Doctor dan matlamat semasa pasukan adalah untuk menyeimbangkan kedudukan pasukan.
Rossi mengharapkan bantuan daripada pasukan utama, Yamaha Factory termasuk spesifikasi terkini jentera selain membantu Petronas Yamaha SRT untuk membangunkan jentera model M1