Kemenangan ke empat Lang Merah mengurangkan jurang mata ke atas Selangor dengan 19 mata berjaya diraih setakat ini.
Kemenangan ke empat Lang Merah mengurangkan jurang mata ke atas Selangor dengan 19 mata berjaya diraih setakat ini.

Oleh Ku Mohd Lufti

Lima aksi Liga Super berlangsung malam tadi menyaksikan tiada perubahan dalam kedudukan kelompok teratas. Pendahulu masih kekal milik Johor Darul Takzim (JDT) sambil diekori rapat pencabar, Felda United yang melakar kemenangan 2-1 ke atas Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Kemenangan ke 11 The Fighters disumbang Lutfulla Turaev (Minit ke 34) dan Francis Forkey Doe (Minit ke 60).

Manakala The Cops meraih gol saguhati menerusi Souleymane Konate di minit ke 75 perlawanan. Selepas mengharungi 14 perlawanan, Felda United mengumpul 34 mata, dua mata dibelakang JDT. Di Stadium Batu Kawan, tuan rumah Pulau Pinang mengecewakan Selangor dengan keputusan satu sama sekalugus kedua dua pasukan pulang dengan satu mata.

Tuan Rumah terlebih dahulu membuka tirai gol menerusi Mohd Fitri Omar di minit ke 26 namun Patrick Ronaldinho menyelamatkan Selangor dari berputih mata dengan jaringan penyamaan tujuh minit berselang. Keputusan seri kali kelima selepas 14 perlawanan meletakkan The Red Giants kekal di tangga ketiga dengan 26 mata, lapan mata dibelakang Felda United.

Manakala Kedah berterima kasih dengan jaringan Shane Edward Smeltz untuk meraih mata penuh, menewaskan Terengganu FC 2, 1-0 di Stadium Darul Aman. Kemenangan ke empat Lang Merah mengurangkan jurang mata ke atas Selangor dengan 19 mata berjaya diraih setakat ini.

Di Ipoh, Perak terus berusaha keras untuk keluar dari zon penyingkiran selepas mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Terengganu hasil jaringan D Kenny Pallraj (Minit ke 26) dan Elias Fernandes de Oliveira (Minit ke 78).

Manakala aksi derby Pantai Timur antara Kelantan dan Pahang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

- Advertisement -