Oleh Ku Mohd Lufti
Raja SUKMA ke 18, Khairul Hafiz Jantan membuktikan beliau sememangnya layak untuk merangkul gelaran olahragawan terbaik SUKMA 2016.
Beliau yang digelar ‘The Flying Youth’ oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron membantu Melaka untuk meraih pingat emas dalam acara 4x 400 Meter Lelaki.
Raja Pecut SUKMA ke 18, Khairul Hafiz Jantan meraih emas keempat menerusi acara 4×400 Meter Lelaki.
Gandingan Khairul Hafiz dan Badrul nyata sukar untuk ditandingi apabila dua pelari ini yang melakukan dua larian terakhir tidak dicabar pelari lain.
Badrul yang merupakan pelari terakhir jauh meninggalkan pelari dari negeri lain termasuk juara bertahan, Terengganu sekaligus melintasi garisan penamat dengan catatan masa 3 minit 12.66 saat.
Catatan itu sekaligus memperbaharui rekod kejohanan 3 minit 15.34 saat yang dilakar oleh Negeri Terengganu ketika SUKMA 2010 di Melaka.
Manakala Terengganu akur ditangga kedua untuk berpuashati dengan pingat perak manakala Sabah melengkapkan podium, meraih pingat gangsa.