Lebih 1,000 pengiat sukan berbasikal telah menyahutĀ cabaran dan berjaya menamatkan kayuhan Repsol Fellowship Ride yang diadakan di NegeriĀ Sembilan.
Laluan sejauh 75 km ini bermula dan tamat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, yang merentasiĀ bandar Rantau.
Acara ini diadakan bersempena Hari Malaysia bertujuan untukĀ menyatukan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan lapisan masyarakat dan menyemai semangat perpaduan.
Majlis pelepasan disempurnakan Yang Dipertua DewanĀ Undangan Negeri, Datoā Zulkefly Mohamad Omar. Turut hadir PengerusiĀ Jawatankuasa Pembangunan Bertindak Belia dan Sukan Negeri sembilanĀ Mohamad Taufek bin Abdul Ghani.
Beliau berkata, Kejayaan sebuah negara bukanĀ hanya diukur dari segi ekonomi tetapi juga dari segi kesejahteraan rakyatnya.
Ianya amatĀ mengalakkan melihat sektor swasta bersukarela menganjurkan inisiatif sebegini bagiĀ meraikan perpaduan bersempena Hari Malaysia.
āMelihat perkembangan aktiviti berbasikal yang semakin popular di kalangan masyarakatĀ Malaysia, kami mengambil kesempatan ini untuk memupuk gaya hidup yang sihat dan aktif,āĀ kata Jorge Milathianakis, Pengarah Unit Perniagaan Repsol Malaysia.
āTambahan lagi,Ā aktiviti berbasikal juga dapat mengeratkan hubungan antara keluarga, kawan-kawan, danĀ masyarakat tak mengira perbezaan dari segi apapun. Ini mencerminkan semangat MalaysiaĀ yang sebenar.ā
āSebagai sebuah syarikat yang mengutamakan keselamatan, kami komited dalam memberiĀ sokongan dan meningkatkan kesedaran mengenai perkara ini bagi semua pengguna jalanĀ raya, terutamanya bagi golongan yang paling berisiko iaitu penunggang basikal.
Kayuhan dimulakan pada jam 7:45 pagi dari Paroi menuju ke Rantau melalui bandarĀ Senawang dan Sungai Gadut sebelum meneruskan perjalanan balik melalui laluan Rantau-Ā Siliau yang memaparkan pemandangan indah hutan lipur Negeri Sembilan.
āBerbasikal merupakan sukan yang terbaik untuk bertemu denganĀ kawan-kawan baru dan rakan latihan, di samping penjagaan kesihatan,ā kata pemenang pingatĀ gangsa Kejohanan Berbasikal Asian 2019, Dr. Norhasmat āKepā Abdul Aziz, yang jugaĀ mengambil bahagian dalam kayuhan ini.
āKayuhan bersempena minggu Hari Malaysia iniĀ merupakan aktiviti yang istimewa kerana kami dapat melihat semua peserta bergerakĀ bersama tanpa mengira bangsa atau agama.ā
Sebagai sebuah syarikat tenaga, Repsol Malaysia berbangga kerana dapat menyumbangĀ kepada visi kerajaan dalam memperkukuhkan dan menyatukan rakyat melalui semangatĀ kesukanan.