Ketekadan, kerja keras dan persahabatan adalah resipi kejayaan Dechapol Puavaranukroh dan Sasiree Taerattanachai.
Pasangan beregu campuran yang menjuarai ketiga-tiga kejohanan yang berlangsung di Thailand pada Januari baru-baru ini, melakar sejarah tersendiri hasil dari latihan lima hari seminggu yang penuh berdisiplin, keazaman serta keyakinan antara satu sama lain sama ada didalam mahupun diluar gelanggang.
Kejayaan pada Yonex Terbuka Thailand sekaligus menjadikan mereka pemain beregu campuran pertama Thailand yang memenangi kejohanan badminton siri 1000. Manakala kemenangan pada Jelajah Dunia Akhir menjadikan mereka pasangan beregu campuran pertama yang memenangi tiga kejuaraan Jelajah Dunia siri 1000 berturut-turut.
Untuk memenangi di acara Final Jelajah Dunia pada Januari 24 bukanlah satu perjalanan yang mudah setelah pasangan Korea Selatan Seo Seung-Jae dan Chae Yu-Jung menyamakan kedudukan 1-1 pada set kedua. Dan pasangan itu pernah mengalahkan beregu Thailand ini di peringkat kumpulan.
Namun Dechapol yang lebih mesra dikenali sebagai Bas di negaranya; dan Sapsiree yang diberi gelaran Popor, bangkit dalam set penentu.
Kedua-dua pemain Thailand itu membuat penampilan sulung di arena badminton pada tahun 2015 ketika berlatih di SCG Badminton Academy pada kedudukan 345 dunia; kini telah melonjak naik ke kedua terbaik dunia dalam senarai ranking terbaru yang diumumkan.
Untuk misi seterusnya bagi pasangan Thailand ini, bukalah kedudukan teratas ranking dunia, malah mensasarkan sebutir pingat pada Sukan Olimpik Tokyo. – Oleh Siti Zafirah Kamal