Mohd Rifdean Masdor dan Nur Iman Aliff membuat kejutan di Kejohanan Muaythai Dunia selepas menewaskan juara bertahan kejohanan dalam kategori masing masing.
Rifdean juara remaja dunia 2019 dan naib juara kejohanan dunia 2019 dan pemenang pingat emas sukan sea 2019 yang hanya kali kedua menyertai kejohanan senior menewaskan juara bertahan yang juga juara 5 kali dunia dan juga pemenang pingat emas sukan sea 2019 Naruephon Chittra dari Thailand dengan kemenangan 29-28 dan mengesahkan kedudukan sebagai Juara Dunia 2021.
Rifdean terpaksa naik satu kategori dari 45kg ke 48kg kerana tiada kategori 45kg di kejohanan senior. Rifdean tewas kepada Naruephon di Kejohanan Dunia 2019 dengan keputusan yang sama.
Nur Iman Aliff juga membuat kejutan selepas menewaskan juara remaja dunia dari Russia juga dengan keputusan 29-28 dan dinobatkan juara remaja dunia bagi kategori 51kg.
Ini adalah penyertaan pertama Aliff di Kejohanan Muaythai Dunia. Bagi kategori Wanita atlit Malaysia Nur Amisha Azrilrizal pula membawa pulang pingat Gangsa bagi kategori 51kg Wanita selepas tewas diperingkat separuh akhir kepada peninju dari Turki
Ketiga tiga atlit adalah atlit podium sukan Muaythai dibawah Majlis Sukan Negara, Malaysia
Secara keseluruhan Persatuan Muaythai Malaysia membuka peluang kepada kelab dan persatuan negeri menghantar atlit bagi diberi pendedahan di peringkat dunia memandangkan tiada kejohanan di Malaysia dan Sukma Johor ditangguh.
PMM memberi peluang kepada Majlis Sukan Negeri dan Persatuan untuk menghantar atlit atlit sukma dan pelapis mereka.
Malaysia menghantar 52 orang atlit dan membawa pulang 4 pingat emas, 4 pingat perak dan 8 pingat gangsa