Oleh Muhammad Aiman
Isu perebutan pemain pertahanan, Rizal Ghazali antara Kedah dan Felda United akhirnya dinoktahkan dan pemain itu bernasib baik untuk tidak dikenakan hukuman penggantungan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas kesalahan menandatangani kontrak bersama dua pasukan itu.
Mesyuarat Jawatankuasa Status FAM yang membincangkan mengenai status Rizal pada Khamis sekadar mengenakan hukuman āringanā iaitu denda RM25,000 ke atasnya sambil mengesahkan pemain pertahanan terbaik Liga Malaysia 2016 itu kekal milik pasukan Lang Merah biarpun dicabar The Fighters.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status, Abdul Aziz Yeop Jamaludin berkata mesyuarat memutuskan kontrak ditandatangani pemain itu bersama Felda adalah tidak sah justeru tuntutan pasukan itu adalah ditolak, namun Rizal dikenakan denda kerana mempunyai niat untuk ke Felda ketika masih terikat kontrak dengan Kedah.
āKontrak yang mengikat Rizal adalah tidak sah, namun Rizal didapati bersalah kerana diaĀ hanya boleh berunding dengan pasukan baru, bukannya terus menandatangani kontrak dengan Felda United kerana dia masih mempunyai kontrak sehingga penghujung November (2016),ā kata Abdul Aziz.Ā Ā
Ini sekaligus menyaksikan Rizal boleh menghela nafas lega kerana nasib yang pernah menimpa pemain Johor Darul Takzim, Gary Steven Robbat dua tahun lalu tidak dialaminya.
Gary pada Januari 2015 digantung selama tiga bulan daripada beraksi oleh FAM selain denda RM50,000 gara-gara menandatangani dua kontrak bersama Pahang dan kemudiannya JDT.
āKes ini berbeza dengan kes Gary kerana kontrak yang dia tandatangani bersama Pahang dan JDT selepas dilepaskan oleh Harimau Muda, kedua-dua kontrak itu adalah sah. Rizal pula menandatangani kontrak yang tidak sah bersama Felda pada 25 Oktober dan dua hari kemudian barulah Felda hantar surat untuk berbincang dengan KFA,ā kata Abdul Aziz lagi.
Kemelut Rizal bermula apabila Felda mendakwa pemain berusia 24 itu membuat āpusingan uā untuk kekal bersama Kedah setelah mendapat tawaran kontrak baru yang agak lewat dari KFA.Ā
Untuk rekod, setakat ini bagi saingan musim 2017, Rizal telah beraksi dalam kesemua perlawanan pasukan Kedah dan membantu skuad bimbingan Tan Cheng Hoe mengharungi permulaan musim yang cemerlang, mencatat tiga kemenangan dan dua keputusan seri.Ā Ā Ā