Oleh Ku Mohd Lufti
Selepas meraih emas dalam acara 100 meter T36, impian Mohamad Rizuan Mohamad Puzi untuk memburu pingat kedua di Sukan Paralimpik Rio 2016 tidak kesampaian apabila sekadar menduduki tempat keempat dalam acara lompat jauh T36.
Rizuan melakukan lompatan terbaik 5.36 meter, namun masih belum mencukupi untuk mengatasi pemenang pingat gangsa yang dimenangi Roman Pavlyk dari Ukraine yang mencatat 5.61 meter.
Catatan yang dilakukan oleh Rizuan juga gagal mengatasi rekod peribadinya, 5.42 meter ketika di sukan Para Asian di Incheon, Korea Selatan pada 2014.
Pingat perak milik atlet tuan rumah, Rodrigo Parreira da Silva manakala emas milik Brayden Davidson dari Australia.
Kedua dua atlet ini melakar catatan yang sama, 5.62 meter sekaligus memperbaharui rekod sukan Paralimpik yang dilakar Pavlyk, 5.23 meter ketika London 2012.
Dalam pada itu, atlet olahraga wanita, Siti Noor Iasah mara ke final acara 400 meter T20.
Acara saringan, Siti menamatkan peringkat saringan kedua ditempat kedua dengan catatan masa 58.96 saat.
Catatan itu sekaligus memperbaharui dua rekod Sukan Para Asia di Incheon pada 2014 miliknya, 1 minit 1.33 saat.
Di kolam renang, Â Jamery Singa terus hampa apabila gagal melayakkan diri ke peringkat akhir acara 50 meter gaya bebas S5.
Catatan yang dilakukan, 38.79 saat sekadar meletakkan Jamery di tempat keenam, malah ia bukan rekod terbaik peribadi Jamery 37.20 saat.