bajet-2017

Oleh Ku Mohd Lufti

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukkan berjumlah RM1.2 bilion untuk pembangunan sukan ketika membentang Bajet 2017 di Parlimen.

Ia termasuk RM450 juta untuk penganjuran temasya sukan dwitahunan itu, RM70 juta untuk Program Podium bagi pembangunan atlet elit yang menyediakan atlet bagi sukan antarabangsa.

Datuk Seri Najib turut mengumumkan peruntukan RM54 juta untuk Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Para.

RM50 juta lagi bagi pembinaan fasa dua Akademi Bola Sepak di Gambang, Pahang dan RM122 juta untuk pembinaan dan naik taraf kemudahan sukan.

Ia merangkumi kemudahan di Kompleks Belia dan Sukan negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia dan Kompleks Sukan Komuniti.

Untuk rekod, Kementerian Belia dan Sukan menerima peruntukan RM930 juta bagi memperkasa belia, komuniti dan badan bukan kerajaan dalam Bajet 2016.

Antara pecahan dalamperuntukkan tersebut, sebanyak RM145 juta diperuntukkan bagi mempersiapkan atlet negara untuk menghadapi cabaran Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 pada 2017 di Kuala Lumpur,.

RM75 juta pula diperuntukkan untuk terus melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia melalui Program Pembangunan Podium Sukan Elit dan RM22 juta untuk membina dua kompleks sukan di Bagan Datoh dan Kuantan.

- Advertisement -