Bintang tenis Switzerland, Roger Federer merupakan atlet dari sukan tenis yang pertama menduduki tangga teratas memiliki pendapatan tertinggi dunia ketika ini.
Senarai yang dikeluarkan Forbes, bekas pemain nombor satu dunia ini meraih pendapatan tahunan Ā£86 juta (RM462 juta).
Pemain tensi berusia 38 tahun ini meraih lebih Ā£5 juta melibatkan wang kemenangan selain pendapat kira kira Ā£81 juta sebagai jurucakap dan yuran penampilan.
Jumlah ini mengatasi dua bintang bolasepak ternama, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi
Ronaldo yang beraksi untuk kelab Serie A, Juventus meraih pendapatan Ā£85 juta untuk berada di tangga kedua sementara Messi di kedudukan ketiga dengan pendapatan yang diraih Ā£84 juta
Ronaldo dan Messi menerima pemotongan gaji besar-besaran ketika krisis COVID-19 yang memberi impak kepada pendapatan mereka dan turun sembilan peratus dari 2019.
Lain atlet dunia yang berada dalam senarai teratas Forbes yang meraih pendapatan tertinggi; bintang Brazil dan PSG, Neymar yang meraih Ā£77 juta,pemain bola keranjang Los Angeles Lakers, LeBron James dengan Ā£71 juta.