foto – FAM

Jaringan tunggal Romel Morales sudah cukup untuk memastikan Malaysia mengesahkan kejuaraan Pesta Bola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jaringan terhasil di minit ke 33 selepas rembatan jarak dekat Morales gagal diselamatkan penjaga gol Lubnan, Mehdi Khalil.

Kemenangan ini sekaligus menamatkan penantian untuk Malaysia melakat kemenangan ke atas pasukan dari Asia Barat untuk kembali menjulang trofi Pestabola Merdeka selepas 11 tahun malah turut menyaksikan Harimau Malaya menebus kekecewaan tahun lalu selepas tewas 0-2 kepada Tajikistan di pentas akhir yang mana ketika itu Vicente bertindak sebagai penolong kepada Kim Pan Gon.

Sementara itu, Tajikistan menamatkan kempen Pestabola Merdeka 2024 di tempat ketiga selepas menewaskan Filipina 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan ternyata kental di sebalik peluang menjaringkan gol sehingga mereka terikat 0-0 selepas tamat masa perlawanan.

Pada penentuan penalti, percubaan pemain Filipina Javier Augustine Gayoso dan Jefferson David Tabinas masing-masing terkena palang sebelum sepakan Alisher Shukurov mengesahkan kejayaan skuad bimbingan Gela Shekiladze.

- Advertisement -