hamilton
Hamilton

Oleh Ku Mohd Lufti

Pasukan Mercedes AMG Petronas beri amaran awal bakal menakluk litar Antarabangsa Sepang di GP Malaysia hujung minggu ini selepas mengungguli sesi latihan bebas hari ini.

Sesi latihan bebas pertama, Nico Rosberg muncul terpantas dengan catatan masa 1 minit 35.227 saat selepas melakukan 25 pusingan.

Catatan Rosberg bagaimanapun gagal dicabar rakan sepasukan Lewis Hamilton yang ketinggalan 0.494 saat di atas trek baru selepas melakukan 25 pusingan.

Manakala pelumba pasukan Ferrari, Kimi Raikkonen yang mencatat masa 1 minit 36.315 saat untuk menduduki tangga ketiga terbaik dalam sesi ujian pertama.

Namun kedudukan berubah di sesi latihan kedua apabila giliran Hamilton menguasai petak teratas apabila memperbaiki catatan masanya, 1 minit 34.944 saat.

Rosberg turut memperbaiki catatan berbanding sesi latihan pertama apabila mencatat masa 1 minit 35.117 saat, namun belum cukup untuk memintas Hamilton sekaligus akur ditempat kedua.

Seorang lagi pelumba pasukan Ferrari, Sebastien Vettel mengekori rapat dua pelumba Mercedes, Hamilton dan Rosberg dengan menghuni tangga ketiga selepas mencatat 1 minit 35.605 saat, hanya 0.661 saat dibelakang Hamilton.

- Advertisement -