Ketika pelumba sedang ‘sibuk’ untuk mengembalikan kecergasan sebelum saingan MotoGP diteruskan, pengurusan pasukan pula tidak menang tangan merencana pergerakan samada mengekalkan barisan pelumba sedia ada atau mencari pengganti.

Beberapa nama besar dalam arena MotoGP berkemungkinan akan berhijrah ke pasukan lain selepas ditawarkan kontrak yang lebih baik dan ada juga yang mungkin bersara selepas sekian lama beraksi di sukan ini.

Individu yang cukup arif dalam MotoGP, Carlo Pernat dimana beliau yang ‘mendedahkan’ nama nama besar seperti Valentino Rossi, Max Biaggi, Alessandro Gramigni dan Roberto Locatelli ditemubual media antarabangsa GPOne turut memberi pandangan melibatkan situasi yang sedang berlaku ke atas Valentino Rossi.

Valentino Rossi yang dikhabarkan masih belum memberi jawapan kepada pasukan satelit, Petronas Yamaha SRT, Pernat memberi pandangannya, wujud ‘halangan’ melibatkan kedua dua pihak kerana The Doctor mahu membawa krew krew peribadinya, namun tidak dipersetujui.

Sebaliknya, Petronas Yamaha SRT hanya membenarkan Ketua Jurutera, David Munoz dan dan Matteo Flamigni yang merupakan pakar dalam aspek telemetri.

Begitu juga situasi yang hampir serupa berlaku melibatkan Fabio Quartararo yang sedang dipikat Yamaha Monster Energy dimana pelumba itu turut mahu membawa bersama sama krew peribadinya.

Prinsipal Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali berhasrat untuk mendapatkan juara dunia sembilan kali itu, dan mengharapkan Rossi untuk memberi jawapan sebelum penghujung bukan ini.

Razlan mengakui, Rossi mungkin berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri kerana Petronas Yamaha SRT hanyalah pasukan satelit berbanding Yamaha Monster Energy, namun mengharapkan pelumba kelahiran Itali itu untuk berbincang tentang keperluan dan hala tujunya dengan pengurusan SRT.

 

 

 

 

- Advertisement -