security.alerts

Beberapa jam sebelum upacara pembukaan temasya sukan Olimpik bermula, sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di Stadium Maracana.

Dilaporkan lebih dari 300 penunjuk perasaan behimpun dan menghala ke pintu masuk Stadium Maracana untuk memprotes penganjuran SUkan Olimpik di negara itu.

Keadaan tampak hampir tidak terkawal, memaksa pihak polis menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan.

Isu melibatkan penganjuran sukan Olimpik di Brazil mendapat bantahan pelbagai pihak kerana kos penganjuran yang melampau selain skandal rasuah.

Malah, keadaan semakin serius apabila isu melibatkan virus Zika timbul selain keselamatan serta tahap pencemaran air di venue yang akan menjadi lokasi pertandingan bagi sukan air.

Namun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi jaminan, ancaman virus Zika adalah minimum dan ratusan pegawai keselamatan dikerah ke bandari Rio untuk mengawal keselamatan sepanjang temasya Olimpik berlangsung.

- Advertisement -