Oleh Muhammad Aiman
Pengendali skuad kebangsaan, Datoâ Ong Kim Swee bersedia membuat percaturan berani dengan menggandingkan semula dua penyerang senior, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha sebagai pilihan utama mengetuai barisan depan skuad kebangsaan di Piala AFF Suzuki 2016 yang bermula 19 November ini. Â
Tatkala masalah ketumpulan sentuhan penyudah dilihat kian merungsingkan, Kim Swee dijangka mempertaruhkan pengalaman luas dua pemain yang membentuk gandingan sensasi pada edisi 2010 itu untuk memburu jaringan dalam aksi Kumpulan B yang akan berlangsung di Myanmar. Â Â
âSaya memilih Safee dan Norshahrul untuk menyertai skuad kali ini kerana pengalaman luas mereka, dan mereka sedang menunjukkan peningkatan yang baik. Kita juga ada pilihan penyerang yang lain dan semuanya bergantung kepada penilaian saya terhadap mereka ketika sesi latihan serta aksi menentang Papua New Guinea (14 November) nanti.
âSetakat ini, siapapun boleh berada dalam perancangan saya termasuklah Safee dan Norshahrul. Saya juga berpuas hati dengan tahap kecergasan mereka ketika ini,â kata Kim Swee yang ditemui ketika sesi latihan skuad Harimau Malaysia di Wisma FAM.
Untuk rekod, Safee dan Norshahrul mengegar rantau Asia Tenggara pada 2010 apabila gandingan mereka membantu Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki buat kali pertama, ketika itu di bawah bimbingan K.Rajagobal.
Safee yang ketika itu mewakili Selangor menamatkan kejohanan dengan memenangi kasut emas setelah menjaringkan lima gol, manakala Norshahrul (Kelantan) menjaringkan dua gol serta melakukan beberapa âassistâ penting buat Safee.
Namun selepas enam tahun, ceritanya sudah tidak sama buat kedua-dua pemain yang sedang bergelut dengan prestasi justeru timbul keraguan sama ada mereka mampu mengulangi semula gandingan magis itu kali ini.
Safee hanya memanaskan bangku simpanan di skuad dilimpahi pemain bintang JDT dan hanya menjaringkan enam gol dalam semua pertandingan sepanjang musim ini sementara penampilan antarabangsa terakhirnya adalah pada November 2015.
Manakala Norshahrul, kariernya jatuh sejak meninggalkan Kelantan pada hujung 2012 â penghijrahannya ke JDT satu kegagalan, dan dia masih belum dapat mengembalikan sentuhan pemusnah yang mengangkatnya sebagai penyerang terbaik tanah air selama tiga musim berturut-turut meskipun berhijrah ke ATM dan Terengganu untuk memulihkan prestasi. Â
Musim ini, dia hanya menjaringkan dua gol untuk sang penyu malah gagal membantu pasukan itu kekal di Liga Super musim depan. Gol antarabangsa terakhirnya adalah ketika menang 4-1 ke atas Vietnam dalam saingan Piala AFF Suzuki 2014. Â
Selain Safee dan Norshahrul, pilihan lain yang Kim Swee ada, penyerang nombor satu negara ketika ini Ahmad Hazwan Bakri (Selangor) dan Darren Lok (JDT II) namun nama Darren antara paling hangat disebut-sebut akan digugurkan dari senarai 23 pemain terakhir.
Jika terdesak pengendali dari Melaka itu berkemungkinan besar perlu menyandarkan harapan kepada dua pemain sayap Amri Yahyah dan Zaquan Adha Abd Radzak yang boleh beraksi sebagai penyerang.Â