Oleh Muhammad Aiman
Penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali tidak kisah dengan persepsi negatif orang ramai yang mempersoalkan mengenai kehadiran semulanya ke kem latihan pasukan kebangsaan selepas hampir setahun tersisih gara-gara prestasi merudum.Â
Bekas penyerang nombor satu negara yang pernah menyarung jersi kelab Indonesia, Pelita Jaya itu menjadi sasaran kritikan selepas disenarai Datoâ Ong Kim Swee dalam senarai 26 pemain bagi menjalani fasa latihan terakhir menjelang Piala AFF Suzuki 2016 di Myanmar bulan depan.
Ini kerana Safee tidak melalui musim yang memberansangkan bersama JDT, sekadar membuat beberapa penampilan dalam kesebelasan utama dan menjaringkan hanya enam gol dalam semua pertandingan musim ini sekaligus timbul pertikaian mengenai kriteria yang dinilai oleh Kim Swee. Â
Namun bagi Safee yang merupakan pemenang kasut emas Piala AFF Suzuki 2010, dia ketika ini lebih fokus mahu menajamkan semula sentuhan penyudahnya sekaligus membuktikan Kim Swee tidak tersilap membuat keputusan memanggilnya.
âSaya berterima kasih kepada jurulatih (Kim Swee) kerana masih mempercayai kudrat saya walaupun hampir setahun tidak menyarung jersi negara. Saya yakin beliau ada kriteria yang telah beliau nilai mengenai kemampuan saya. Walaupun terkejut, sebagai pemain ia adalah tanggungjawab saya untuk berbakti kepada negara dan melonjakkan nama negara walau dengan apa cara sekalipun.
âMemang saya tahu ada yang mempertikaikan kehadiran saya kerana bersama JDT saya hanyalah pemain simpanan. Ada komen baik, ada komen buruk, tetapi saya hanya ambil komen positif dan ketepikan yang negatif.
âMereka (pengkritik) perlu ambil tahu apa yang kami penyerang tempatan lalui dan rasai dalam saingan liga, peluang untuk bermain agak terhad kerana didominasi oleh pemain-pemain import,â kata Safee yang ditemui ketika sesi latihan pasukan kebangsaan di Wisma FAM.
Sambil mengakui faktor usia dan kecederaan turut memberi kesan kepada cara permainannya ketika ini berbanding zaman kemuncaknya beberapa tahun lalu, Safee yang pernah menjaringkan lebih daripada 20 gol antarabangsa berharap dapat membantu skuad negara merampas semula trofi Piala AFF Suzuki sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada arena antarabangsa.
Pada 2010, Safee mencipta gandingan sensasi bersama penyerang âkembarnyaâ Norsharul Idlan Talaha dan menjaringkan lima gol termasuk tiga di perlawanan akhir menentang Indonesia untuk membantu Malaysia menjulang trofi tersebut buat pertama kali dan muncul penjaring terbanyak kejohanan.
Dia juga merupakan penjaring terbanyak Malaysia di kejohanan dwitahunan itu dengan sembilan gol, bersama-sama Indra Putra Mahyuddin.Â