Oleh Muhammad Aiman
Selepas mencipta begitu banyak polemik dan kontroversi, Kelantan akhirnya mengesahkan bahawa akan kekal beraksi dalam Liga Malaysia musim baru, terima kasih kepada bekas presidennya Tan Sri Annuar Musa yang tampil sebagai penyelamat.
Perkembangan terbaru ini pada hakikatnya tidak langsung hadir sebagai kejutan, kerana memang ia sudah dijangka sejak daripada awal betapa Kelantan tidak akan menarik diri dengan Annuar Musa akan muncul sebagai hero â sepertimana laporan Sports247 dalam artikel bertajuk âExco KAFA perlu berasa malu, akui kegagalan dan berundurâ yang disiarkan minggu lalu.
Dalam satu sidang media pada Jumaat, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Ismail Mohd Nor berkata keputusan untuk terus beraksi dibuat setelah dua syarikat â Kumpulan Alhamra dan RedOne Network â yang dipengerusikan oleh Annuar bersetuju menjadi penaja utama dengan jumlah tajaan permulaan sebanyak RM3 juta.
âDengan perkembangan ini, kita akan mendaftarkan 23 pemain termasuk seorang import kepada Persatuan Bolasepak Malaysia. Terima kasih kepada Tan Sri (Annuar) yang memberikan talian hayat terakhir kepada KAFA pada ketika tiada yang tampil membantu,â kata Ismail.
KAFA sebelum ini berkeras dengan pendirian mahu menarik diri dari Liga Malaysia berikutan krisis kewangan tenat dengan kantung mereka hanya mempunyai RM800,000 dan Vida Beauty pula membuat keputusan tidak meneruskan tajaan, manakala perbincangan bersama kerajaan negeri pada 2 Januari lalu dilihat menemui jalan buntu.
Sementara itu, Annuar pula berkata selain menyediakan tajaan awal RM3 juta tersebut bagi membolehkan Kelantan memulakan musim, pihaknya akan turut menaja tiga pemain import iaitu dua dari eropah dan seorang dari Asia.
Malah, dia bukan sahaja akan bertindak selaku penaja, tetapi lebih dari itu mahu mewujudkan sebuah konsortium diketuai dua syarikatnya itu dan meminta tempoh sehingga 14 Januari depan bagi membentuk konsortium tersebut.
âKonsortium ini akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah syarikat lain bagi tujuan mendapatkan dana. Saya harap 7-8 syarikat akan terlibat dan setakat ini 3 syarikat sudahpun menyatakan kesediaan untuk terlibat. Saya sasarkan mengumpul RM10 juta bagi memastikan TRW tidak berdepan masalah di kemudian hari,â ujarnya.
Mengenai permintaan penyokong yang mahu dia kembali sebagai presiden KAFA, Annuar berkata dia tidak berminat sebaliknya mahu membantu dari luar namun sebagai penaja, Annuar meminta jersi Kelantan bagi musim baru kembali kepada elemen tradisi mereka iaitu warna merah (home) dan biru (away) berbanding merah jambu yang diperkenalkan penaja musim lalu, Vida Beauty.Â