Juara Tour de France, Tadej Pogacar dijangka berdepan saingan sengit dari pelumba-pelumba handalan dalam merebut gelaran tersebut bagi musim 2021.
Egan Bernal dari Ineos yang merupakan juara bertahan tahun sebelumnya gagal pada edisi tertunda perlumbaan itu pada September 2020 dan bintang Jumbo, Primoz Roglic turut buntu dan membuka peluang kepada Pogacar untuk merebut takhta itu.
Walaupun Ineos memenangi Giro d’Italia menerusi Tao Geohegan Hart dan Roglic memenangi Vuelta a Espana, namum ia hanyalah sebagai saguhati.
Kemenangan Pogacar yang luar biasa di Tour de France tahun lalu membuktikan walaupun tanpa pasukan handalan, namun seseorang boleh berjaya.
Sementara itu, Bernal akan kembali setelah sembuh dari kecederaan belakang dengan Richie Porte dan Adam Yetes dalam pasukannya.
Tour De France akan bermula pada 26 Jun 2021 dan berakhir ketika bermulanya Sukan Olimpik Musim Panas di Tokyo.
Giro d’Italia pula akan berlangsung dari 8-30 Mei, manakala Vuelta a Espana akan bermula pada 15 September serta Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Flanders dari 18 September.
Sekiranya semua mengikut perancangan seperti tahun lalu, penunggan akan bergegas ke Tokyo dalam merebut kilauan emas Olimpik sejerus menamatkan perlumbaan di Champs Elysees.
Sementara itu, Pogacar serta pasukannya, UAE Emirates menerima vaksin Covid-19, pertama untuk sukan berbasikal. – Oleh Siti Zafirah Kamal
- Advertisement -