Pemain sensasi Liverpool, Mohamed Salah menyalurkan bantuan ke kampung halamannya di Mesir yang sedang mengharungi gelombang kedua pandemik Covid 19.

Salah menderma menerusi atas nama yayasannya, 14 tangki oksigen dan van ambulans di Gharbia, yang terletak di bahagian utara Mesir untuk membantu penduduk kampung Nadige dan disekitarnya.

Menurut Hasan Bucker yang menguruskan yayasan milik Mo Salah, tangki silinder oksigen ini akan dihantar ke rumah pesakit yang memerlukan dan akan diambil semula untuk proses pengisian jika sudah kosong.

Satu unit ambulans yang telah disediakan sudah pun mula beroperasi sejak Julai tahun lalu untuk membawa pesakit Covid 19 ke hospital kuarantin.

Pemain berusia 28 tahun ini pernah diuji positif Covid 19 pada November tahun lalu. Meskipun sudah berada di puncak kejayaan, Salah tidak pernah melupakan kampung halamannya dimana beliau dibesarkan.

Salah mendermakan sekitar USD 68 ribu setiap tahun kepada Yayasan Mohamed Salah untuk membantu penduduk di Gharbia.

Mesir telah mencatatkan kes jangkitan lebih 150 000 setakat ini dengan lebih 900 kematian direkodkan.

 

- Advertisement -