Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) bersedia untuk membantu ahli ahli SAM yang akan bertugas membuat liputan di Paris bagi temasya Sukan Olimpik.

Ia susulan pergolakan yang sedang berlaku di Paris yang sedikit sebanyak mencetus kebimbangan pengamal media di edisi ke-48 temasya terulung susulan protes politik yang dilakukan rakyat Paris yang mahu memboikot penganjuran temasya itu.

Timbalan Presiden SAM Izahar Atan yakin menerusi Majlis Olimpik Malaysia (MOM), dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang akan bersama sama membantu keselamatan ahli SAM terjaga.

“Saya bagi pihak SAM ingin mengucapkan selamat maju jaya dan berhati-hati, harap-harap dapat buat liputan yang terbaik.

“Dalam masa yang sama yang sama kita tahu ada desas-desus mengatakan bahawa penduduk Paris cuba memboikot Sukan Olimpik Paris tetapi saya rasa ianya tidak akan terjadi harap-harap.

“SAM mempunyai hubungan yang baik dengan Kementerian Belia dan Sukan mahupun MOM jadi kami akan sentiasa mendapatkan maklum balas daripada mereka ataupun perkembangan daripada mereka, sama ada ahli SAM yang bertugas di sana berada dalam keadaan selamat.

Terdahulu Idan yang ditemui di satu majlis penyerahan kit media anjuran bersama SAM dan Allianz Malaysia di ibu negara.

- Advertisement -