Juara bertahan kategori Bawah 16 tahun, Samuel Lee dari Pulau Pinang tidak diberi laluan mudah sebelum mengesahkan slot ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS bagi Divisyen Satu hari ini.
Berdepan wakil Kuala Lumpur, Hooi Shao Herng, Samuel menang 21-11, namun tewas 19-21 di set berikutnya sebelum mengesahkan status sebagai pemenang dengan kemenangan 21-13 dalam masa 55 minit.
Pemain pilihan ini akan berdepan pemain Johor, Liew Xun yang menang ke atas pemain Sabah, John Chua Gun Yang straight set 21-9, 21-6 untuk memburu slot ke suku akhir.
Sementara itu, pilihan kedua, Chua Jin Yang dari Selangor terus mengekalkan status sebagai pencabar selepas mudah menundukkan pemain Kuala Lumpur, Bryan Chang Khai Yang straight set 21-11, 21-14.
Jin Yang akan berdepan pemain Pulau Pinang, Jayron Chua yang menang ke atas wakil Sabah, Muhd Khairul Syafiq straight set 21-12, 21-10.
Kategori Bawah 16 tahun perempuan pula menyaksikan pemain pilihan, Arena Satu Samin dari Sabah tidak berdepan masalah untuk menundukkan wakil Selangor, Siti Nurshuhaini Azman straight set 21-18, 21-11 di pusingan kedua hari ini sekaligus mara ke suku akhir.
Turut mara, pilihan kedua dari Selangor, K Letshana yang mudah menundukkan seorang lagi wakil Sabah, Vellery Yap straight set 21-7, 21-2 dalam masa 20 minit.
Saingan Divisyen Dua yang berlangsung di Alor Setar, Kedah bagi perempuan Bawah 16 tahun menyaksikan pilihan pertama, Tan Yian Yee dari Melaka meneruskan cabaran ke separuh akhir selepas menang straight set 21-16, 23-21 ke atas pemain Sarawak Kashley Kho Tze Yin.
Yian Yi akan berdepan seorang lagi semifinalis, Chew Jia Wern dari Perak yang menang ke atas rakan sepasukan, Chew Jia Hui 21-12, 19-21, 21-19.
Pilihan kedua, K Yeshveeni dari Kedah menceriakan penyokong yang hadir selepas mengetasi wakil Sarawak Audrey Vanessa Chee 21-12, 21-14 untuk melengkapkan jadual separuh akhir, bertemu pemain Negeri Sembilan, Vanessa Ng Po Lyn.
Saingan lelaki Bawah 16 tahun pula menyaksikan kejutan berlaku dalam acara bergu lelaki.
Gandingan Muhd Danish Anuar-Syed Zubir Syed Mustaqim dari Perak melakar kejutan ke atas pilihan kedua, Low Yan tat-Teo Jie Sern dari Melaka dalam pertarungan tiga set 19-21, 21-14, 21-17 di pusingan kedua.
Aksi Divisyen Tiga yang berlangsung di Putrajaya hari ini menyaksikan pemain pilihan tuan rumah, Aaron Wong Zyi Syen ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua selepas tewas 21-16, 15-21, 20-22 ke atas pemain Kelantan, Muhd Afiq Suhaimi dalam masa 50 minit.
Kejayaan Afiq turut diekori pilihan pertama kejohanan, Goo Vie keat yang mara ke suku akhir selepas menundukkan seorang lagi wakil tuan rumah, Chong Kah Hoe straight set 21-6, 21-8.
Sandaran wakil Putrajaya kini terletak di bahu Fawwaz Zainuddin yang menang straight set 21-19, 21-8 ke atas wakil Perlis Henry Ong Teng En.
Namun, Henry bakal berdepan tugas getir di peringkat seterusnya apabila dijadual bertemu Vie Keat.
Satu lagi aksi suku akhir menampilkan dua lagi wakil Kelantan, Muhd Afiq Suhaimi dan Kang wei Shern. Â