Kerajaan Sarawak komited untuk menyediakan kemudahan sukan terbaik menjelang SUKMA ke-21.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu, berkata ia tidak akan menghalang usaha kerajaan negeri walaupun terdapat kekangan dalam mengimport peralatan sukan dari luar negara.

“Kami sedar akan cabaran ini tetapi sedang mencuba yang terbaik. Dalam hal ini, pihak tertentu dilihat cuba membantu kita,” kata Gerald.

“Ini bukan sahaja terletak di bahu Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) tetapi menjadi tanggungjawab pihak berkenaan di negeri ini.”

- Advertisement -