Saya ingin merujuk kenyataan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,  pemilik pasukan bolasepak Johor Darul Ta’zim, yang dipetik dari akaun Twitter baginda bertarikh 21 Mac 2022.
Sebagai bekas Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dari 2017-2018, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada DYAM Tunku Ismail di atas bantuan yang diberikan kepada pasukan Selangor semasa saya menerajui FAS.
Sebagai seorang yang mempunyai passion yang amat tinggi terhadap bola sepak Malaysia, DYAM Tunku Ismail sentiasa menunjukkan daya kepimpinan yang tinggi dan proaktif, dan sentiasa mahu melihat kemajuan pasukan-pasukan bolasepak di negara ini.
Selangor tidak terkecuali mendapat perhatian DYAM Tunku yang sudi memberikan bantuan kepada FAS ketika saya menjadi presiden.
Secara peribadi, saya dan semua pemain Selangor ketika itu amat menghargai keprihatinan DYAM Tunku Ismail yang sentiasa mengambil berat mengenai hal ehwal kebajikan pemain dan pasukan bolasepak tempatan.
Sekali lagi, di atas budi DYAM Tunku Ismail kepada FAS, saya secara peribadi mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang diberikan.
Sekian. Terima Kasih.
DATO’ SRI SUBAHAN KAMAL
Presiden
PJ City FC