Peloncat Indah Cina Zhang Jiaqi dan Zhang Minjie melakukan loncatan pada Final Loncat Indah Putri Platform 10 meter Sinkronisasi Asian Games ke-18 Tahun 2018 di Aquatic Center, Gelora Bung Karno, Jakarta, Selasa (28/8). Tim Cina berhasil meraih medali emas. ANTARA FOTO/INASGOC/Jurnasyanto Sukarno/Spt/18

 

Pemburuan pingat diteruskan kontinjen Malaysia, kali ini giliran acara terjun membuka saingan bermula dengan 10 meter platform seirama wanita.

Gandingan Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri nyata tidak mengecewakan apabila menempatkan diri di kedudukan ketiga keseluruhan sekaligus meraih pingat gangsa.

Meskipun baru digandingkan, Mun Yee dan Dhabitah tetap mampu untuk memberikan tentangan selepas gagal meraih mata yang baik di dua terjunan pertama.

Kedua dua penerjun negara tampak semakin konsisten dan mengumpul catatan mata yang cemerlang untuk mengumpul 310.80 mata selepas lima terjunan.

Catatan itu bagaimanapun gagal meletakkan Mun Yee dan Dhabitah ke kedudukan teratas selepas penerjun China dan Korea Utara mengatasi penerjun negara.

Pasangan China, Zhang Minjie-Zhang Jiaqi mendominasi acara ini sekaligus meraih emas selepas mengumpul 361.38 mata, manakala gandingan Kim Kuk Hyang-Kim Mi Rae dari Korea Utara mengutip 337.86 mata untuk menaiki podium selaku pemenang pingat perak..

“Sepanjang terjunan itu, ada sedikit terkurang dan ada yang baik dan secara keseluruhan saya berpuas hati. Saya berterima kasih kepada Mun Yee sebab dia seorang senior yang hebat. Ini pingat Sukan Asia pertama saya, sudah semestinya saya gembira dengan keputusan ini,” kata Dhabitah kepada media Malaysia selepas tamat acara.

Nur Dhabitah dipilih bergandingan dengan Mun Yee selepas ratu terjun negara, Pandelela Rinong terpaksa menarik diri susulan kecederaan dialaminya semasa menjalani latihan, Sabtu lepas.

Peloncat Indah Cina Cao Yuan dan Xie Siyi melakukan loncatan saat Final Loncat Indah Putra Papan 3 meter Sinkronisasi Asian Games ke-18 Tahun 2018 di Aquatic Center, Gelora Bung Karno, Jakarta, Selasa (28/8). Cina berhasil memperoleh medali emas. ANTARA FOTO/INASGOC/Jurnasyanto Sukarno/Spt/18

Dalam pada itu, acara 3 meter papan anjal lelaki seirama turut memperlihatkan penguasaan China yang meraih emas kedua dalam acara terjun.

Manakala wakil Malaysia, Chew Yiwei dan Ooi Tze Liang sekadar menamatkan acara dikedudukan keempat keseluruhan dengan catatan 396.27 mata.

Pingat emas menjadi milik Cao Yuan-Xie Siyi yang mengumpul 479.52 mata untuk mendominasi carta kedudukan selaku pemenang, mengatasi Kim Yeongnam-Woo Haram yang akur meraih pingat perak dengan catatan 412.74 mata manakala duo, Sho Sakai dan Ken Terauchi melengkapkan podium selaku pemenang pingat gangsa selepas mengumpul 408.57 mata

 

- Advertisement -