Musim demi musim silih berganti, masalah dan kemelut melanda bolasepak Kelantan seakan tiada kesudahannya.
Terbaru, pasukan pantai timur itu mencipta rekod sendiri dalam saingan Liga Malaysia apabila kehilangan jurulatih buat kali kedua hanya selepas lapan perlawanan Liga Super, setelah Fajr Ibrahim dilaporkan telah meletak jawatan.
Pengendali itu hanya mengendalikan tiga perlawanan, bermula dengan seri menentang Negeri Sembilan dan kemudiannya tewas kepada Johor Darul Takzim serta terbaru PKNP FC – sama seperti Sathit Bensoh yang mengendalikan hanya tiga perlawanan.
Kelantan mengalami kekalahan kelima musim ini setelah kecundang 0-2 di tangan PKNP FC di Stadium Negeri Batu Kawan pada Rabu menerusi jaringan Hafiz Ramadhan dan Ritus Kjauklis, sekaligus terperosok di kedudukan kesebelas liga.
Hampir dua bulan di Kelantan, sumbangan terbesar Fajr yang merupakan bekas jurulatih kebangsaan Syria adalah menaikkan ramai pemain muda Piala Presiden ke skuad senior, dalam masa sama menggugurkan ramai pemain tonggak dengan alasan tiada dalam perancangan.
Ini termasuklah penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat, Norfarhan Mohamad, Badhri Radzi, S.Veenod manakala pemain import dari Korea Selatan, Do Dong Hyun turut hampir menjadi mangsa apabila tiada dalam skuad bagi dua aksi terakhir.
Kita masih menanti pengumuman rasmi dari Persatuan Bolasepak Kelantan berhubung perkara ini â apa pula jawapan yang telah disediakan Bibi Ramjani Ilias Khan?
Ironinya ini bukan kali pertama kem Kelantan alami situasi âkucar-baraâ seperti ini â pada 2014 ketika masih di bawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa, Steve Darby mengendalikan pasukan hanya empat bulan sebelum digantikan George Boateng.
Kemudian pada 2015, khidmat tiga jurulatih digunakan Kelantan iaitu Boateng, Azraai Khor Abdullah dan Zahasmi Ismail sehingga akhir musim manakala pada 2016, sekali lagi tiga jurulatih digunakan iaitu K.Devan, Velizar Popov dan Zahasmi.
Hanya pada 2017, Kelantan tidak membuat sebarang pertukaran jurulatih dengan khidmat Zahasmi dipertaruhkan sehingga akhir musim.
Untuk musim 2018, selepas Sathit Bensoh gagal mencatat kemenangan dalam tiga aksi pertama, dia dipecat KAFA dan sementara menanti Fajr masuk sebagai pengganti, Yusri Che Lah telah membimbing pasukan dalam empat perlawanan (termasuk Piala FA).
Jadi siapa pula pengganti selepas ini, siapa pun yang datang, nampak gayanya tiada yang akan bertahan dengan pengurusan sedia ada lebih dari tiga bulan – pengurusan yang kabur dengan arah tuju sendiri dan sehingga kini mereka masih tidak tahu apa KPI atau sasaran mahu diletakkan.
Sama ada mahu mencabar kelompok tiga teratas, berada di pertengahan liga, memburu satu trofi atau sekadar kekal dalam Liga Super â mereka sendiri samar dan cuba mengharapkan keajaiban dari jurulatih dalam tempoh singkat.
Sama ada jurulatih itu meletak jawatan, ataupun dia dipecat, sudah tentu bersebab. Jika meletak jawatan, adakah KAFA telah memberikan satu KPI yang sukar dipenuhi dan jika dipecat, apa penilaian yang telah dibuat dalam tiga perlawanan pertama?
Anda menyindir penyokong yang tawar hati dengan pasukan, dan mengingatkan mereka bahawa Empayar Rome bukan dibina dalam masa satu hari, tetapi anda sendiri tidak menunjukkan kesabaran di dalam mendapatkan keputusan positif, adilkah begitu? Bertindak dan buatlah keputusan secara bijak, bukan secara emosional dan mengikut perasaan. – OLEH MUHAMMAD AIMAN