Anugerah bolasepak berprestij di dunia, Ballon D’Or tidak akan dianjurkan buat pertama kali sejak penganjurannya pada 1956.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh badan induk bolasepak Perancis, Ballon D’Or bagi tahun 2020 tidak akan dilangsungkan selepas mengambil kira pelbagai faktor yang sedang melanda global ketika ini terutama pandemik Covid 19.

Anugerah Ballon D’Or diperkenalkan oleh Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) pada 1956 yang mengiktiraf individu dalam industri bolasepak.

Malah, BallonD’Or digabungkan dengan Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA diantara 2010 hingga 2015 dan dijenamakan dengan FIFA Ballon D’Or. Perkongsian itu bagaimanapun ditamatkan pada 2016 dan kembali kepada asal.

Bintang Argentina, Lionel Messi paling banyak merangu anugerah ini dengan enam kemenangan diikuti pemain kelahiran Portugal, Cristiano Ronaldo yang meraih lima gelaran.

Covid 19 menjejaskan aktiviti bolasepak secara majoriti di seluruh dunia sejak ia mula dikesan pada Februari lalu dan masih belum menampakkan sebarang tanda tanda positif.

Liga liga utama di Eropah misalnya ditunda dan ada juga yang dibatalkan termasuklah Ligue 1 meskipun berbaki 10 perlawanan sebelum musim 2019/2020 ditamatkan.

 

- Advertisement -