pro-female-champion-diana-riesler-ger-claims-her-third-consecutive-victory

Oleh Ku Mohd Lufti

Penganjuran Ironman Malaysia di Pulau Langkawi bagi tahun depan tampak tinggal kenangan selepas tamat tiga tahun penganjuran acara itu seperti yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusan Ironman Geoff Meyer memberi bayangan penganjuran sukan ekstrem itu di Langkawi mungkin tidak akan disambung susulan kekangan kewangan.

Ironman mula dianjurkan di Malaysia sejak tahun 2000, bagaimanapun, ia dihentikan seketika selepas 2010 sebelum kembali dianjurkan pada 2014.

Perjanjian tiga tahun di antara pihak Ironman Asia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia itu berakhir tahun ini. 

Acara yang memasuki edisi ke 14 tahun ini merupakan salah satu platform terbaik buat peserta negara untuk beraksi dengan atlet atlet bertaraf antarabangsa.

Malah, Ironman Langkawi turut diminati peserta peserta antarabangsa dan dilabel sebagai salah satu siri penting dalam kejohanan Ironman Asia.

Ironman mungkin menjadi kejohanan antarabangsa kedua yang mungkin terkubur selepas perlumbaan Formula One di Litar Antarabangsa Sepang.

- Advertisement -