Saingan suku akhir Toyota Terbuka Thailand esok akan menyaksikan sembila wakil negara mengesahkan slot selepas melepasi pusingan kedua hari ini.
Perseorangan lelaki, Liew Daren melepas pusingan kedua selepas menundukkan wakil India, H S Prannoy straight set 21-17 21-18 dan akan berdepan pilihan keempat dari Denmark, Viktor Axelsen.
Sementara wakil tunggal perseorangan wanita, S Kisona terkandas apabila kecundang di tangan pilihan keenam dari India, Pusarla V. Sindhu 10-21, 12-21.
Bergu lelaki menyaksikan tiga wakil negara mara ke peringkat lapan terbaik.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dipaksa bertarung tiga set sebelum menang ke atas gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-12, 6-21, 21-12 dan akan berdepan satu lagi bergu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang menang ke atas bergu tuan rumah, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren 21-15, 16-21, 21-15.
Manalala Ong Yew Sin-Teo Ee Yii mara ke suku akhir selepas menang ke atas gandingan Denmark, Mathias Christiansen-Niclas Nohr 8-21, 21-7, 21-17 dan dijadual berdepan wakil India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty esok.
Tiga wakil negara turut mengisi slot suku akhir dalam acara bergu wanita bermula dengan Vivian Hoo-Yap Cheng Wen yang mengatasi pasangan Perancis, Emilie Lefel-Anne Tran 19-21, 21-17, 21-12.
Mereka akan berdepan pilihan ketiga dari Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan di suku akhir esok.
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean pula menang ke atas wakil Australia, Setyana Mapasa-Gronya Somerville 21-17, 21-15 dan akan berdepan bergu muda negara Pearly Tan-M Thinaah yang menang ke atas satu lagi pasangan Perancis, Vimala Heriau-Margot Lambert 19-21, 21-16, 21-9.
Saingan bergu campuran menyaksikan kemaraan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See yang melakar kemenangan straight set ke atas wakil Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-14, 21-16
“Cara permainan kami semakin baik dari hari ke hari dan kami akan terus berusaha untuk memberi tumpuan terhadap kombinasi kami berdua bagi perlawanan esok,”kata Hoo Pang Ron
Pang Ron dan Yee See akan menentang pilihan keenam dari Indonesia, Hafiz Faizal-Emanuelle Gloria Widjaja.
Turut mara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang diletak selaku pilihan kelima selepas menewaskan gandingan Indonesia, Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso 21-18 ,21-15.
Nasib berbeza dialami Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie apabila tewas kepada pilihan pertama tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 12-21, 19-21.