Berikut senarai nama 20 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih futsal wanita kebangsaan, Jamhuri Zainuddin bagi menyertai kem latihan pusat bermula Sabtu, 23 April 2022 sebagai persiapan menjelang saingan Sukan SEA 2021 di Vietnam dari 10 hingga 19 Mei 2022 yang mana Malaysia akan berdepan empat pasukan lain iaitu Thailand, Vietnam, Myanmar dan Indonesia.

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

 SITY NORAZIZAH JAMAL

32

MELAKA

2.

 HANIS FARHANA SHAMSUL AZIZAN

30

MELAKA

3.

 INTAN SARAH ANISAH ZULGAFLI

23

MELAKA

4.

 SITI ASNIDAH ZAMRI

23

MELAKA

5.

 NOOR HEDAYAH MD AMIN

35

MELAKA

6.

 HANANI ADRIANA SHAMSUL AZIZAN

27

MELAKA

7.

 NASREEN NATASHA ABDUL RAZAK

23

MELAKA

8.

 NUR SYAFIQAH ZAINAL ABIDIN

21

MELAKA

9.

 SYAFIQA IRISYA SHAZIMY

24

MELAKA

10.

 NUR LYANA SOBERI

23

MELAKA

11.

 ASMA JUNAIDI

30

SABAH

12.

 SHEREILYNN ELLY PIUS

31

SABAH

13.

 USLIZA USMAN

27

SABAH

14.

 MASTURAH MAJID

32

SABAH

15.

 HAINDEE MOSROH

29

SABAH

16.

 NOORASYEIMAH MOHAMAD RASHID

28

SELANGOR MBSJ

17.

 NORHAWA MD YASIN

29

SELANGOR MBSJ

18.

 FATIN SHAHIDA AZMI

31

SELANGOR MBSJ

19.

 NUR SHAZREEN MUNAZLI

29

SELANGOR MBSJ

20.

 NUR AINSYAH MURAD

19

KL PREFER-CYBERLYNX

 

Sementara lima pemain berikut pula berada dalam Senarai Bersedia untuk dipanggil jika terdapat perubahan pada senarai nama di atas.

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

 FARAHIYAH MUHAMAD RIDZUAN

29

SELANGOR MBSJ

2.

 NUR AFRINA AZHAR

23

SELANGOR MBSJ

3.

 FARAH SYAKIRA MOHD SAAD

28

MELAKA

4.

 JI. FEDALLIAH CLARRITA JAIMIN

26

SABAH

5.

 NUR MADIHAH NADZARI

30

KL PREFER-CYBERLYNX

 

Skuad futsal wanita kebangsaan akan menjalani latihan pusat di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya dari 23 April hingga 2 Mei 2022 sebelum senarai akhir 16 pemain dijadual terbang ke Ho Chi Minh City, Vietnam pada 3 Mei bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan.

Seterusnya mereka akan terbang ke Hanoi pada 8 Mei bagi menghadapi aksi sebenar Sukan SEA 2021 yang mana acara futsal wanita akan dijalankan secara format liga sepusingan.

Malaysia dijadual bertemu tuan rumah, Vietnam untuk perlawanan pertama pada 10 Mei, diikuti aksi berikutnya bertemu Myanmar pada 13 Mei, Indonesia pada 15 Mei dan Thailand pada 17 Mei 2022.

Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Tertutup Ha Nam.

Sebagai rekod pencapaian, skuad futsal wanita negara berjaya meraih pingat gangsa pada Sukan SEA 2013 di Myanmar tetapi sekadar menduduki tempat keempat pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Acara futsal wanita tidak dipertandingkan pada Sukan SEA 2015 di Singapura dan Sukan SEA 2019 di FIlipina.

 

 * Siaran media ini dikeluarkan pada Isnin, 18 April 2022

- Advertisement -