Berikut senarai nama 31 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney bagi menyertai kem latihan pusat bermula Selasa, 19 April 2022 sebagai persiapan menjelang saingan Sukan SEA 2021 di Vietnam dari 6 hingga 22 Mei 2022 yang mana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Kemboja, Singapura dan Laos.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
MUHAMMAD MUKHAIRI AJMAL MAHADI |
21 |
SELANGOR FC |
2. |
SIKH IZHAN NAZREL SIKH AZMAN |
20 |
SELANGOR FC |
3. |
AHMAD ZIKRI MOHD KHALILI |
20 |
SELANGOR FC |
4. |
MUHAMMAD AZRIN AFIQ RUSMINI |
20 |
SELANGOR FC |
5. |
QUENTIN CHENG JIUN-HO |
23 |
SELANGOR FC |
6. |
HARITH HAIQAL ADAM AFKAR |
20 |
SELANGOR FC |
7. |
AHMAD DANIAL AHMAD ASRI |
22 |
SELANGOR FC |
8. |
MUHAMAD SYAHIR BASHAH |
21 |
SELANGOR FC |
9. |
ALIFF HAIQAL LOKMAN HAKIM LAU |
22 |
SELANGOR FC |
10. |
MUHAMMAD FAIZ AMER RUNNIZAR |
19 |
SELANGOR FC 2 |
11. |
MUHAMMAD FAHMI DANIEL MOHD ZAAIM |
20 |
SELANGOR FC 2 |
12. |
NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT |
23 |
TERENGGANU FC |
13. |
MUHAMMAD AZAM AZMI MURAD |
21 |
TERENGGANU FC |
14. |
MUHAMMAD SYAFIK ISMAIL |
22 |
TERENGGANU FC |
15. |
MUHAMMAD HAIRIEY HAKIM MAMAT |
22 |
TERENGGANU FC |
16. |
MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM |
21 |
TERENGGANU FC |
17. |
SYED MUHAMMAD NASRULHAQ SYED BIDIN |
23 |
TERENGGANU FC II |
18. |
MUHAMMAD NUR AZFAR FIKRI AZHAR |
22 |
TERENGGANU FC II |
19. |
MUHAMMAD MUSLIHUDDIN ‘ATIQ MAT ZAID |
21 |
TERENGGANU FC II |
20. |
MUHAMMAD SAFWAN MAZLAN |
20 |
TERENGGANU FC II |
21. |
MUHAMAD UMAR HAKEEM SUHAR REZWAN |
20 |
JOHOR DARUL TA’ZIM II |
22. |
DARYL SHAM A/L K.K.GEORGE |
20 |
JOHOR DARUL TA’ZIM II |
23. |
AHMAD AYSAR HADI MOHD SHAPRI |
19 |
JOHOR DARUL TA’ZIM II |
24. |
MUHAMMAD SHAFI AZSWAD SAPARI |
21 |
JOHOR DARUL TA’ZIM III |
25. |
MUHAMMAD AZRI AB GHANI |
23 |
KUALA LUMPUR CITY FC |
26. |
MUHAMMAD HAQIMI AZIM ROSLI |
19 |
KUALA LUMPUR CITY FC |
27. |
LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN |
20 |
KV KORTRIJK |
28. |
MOHD AIMAN AFIF MD AFIZUL |
21 |
KEDAH DARUL AMAN FC |
29. |
MUHAMMAD UBAIDULLAH SHAMSUL FAZILI |
19 |
SKUAD PROJEK FAM-MSN |
30. |
SELVAN A/L ANBUALAGAN |
22 |
NEGERI SEMBILAN FC |
31. |
MUHAMMAD HADI FAYYADH ABDUL RAZAK |
22 |
AZUL CLARO |
Daripada senarai pemain di atas, Maloney telah memanggil 19 pemain dari skuad 23 pemain yang telah membawa Malaysia layak ke Piala Asia B-23 2022 selepas muncul juara Kumpulan J, saingan kelayakan di Ulaanbaatar, Mongolia dari 25 hingga 31 Oktober 2021.
Turut tersenarai, dua pemain lain dari skuad yang beraksi pada Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari 2022 iaitu Ubaidullah Shamsul Fazili (Skuad Projek FAM-MSN) dan A. Selvan (Negeri Sembilan).
Baki 10 lagi pemain yang turut dipanggil kali ini terdiri daripada tiga pemain Selangor FC – Danial Asri, Syahir Bashah dan Aliff Haiqal; dua pemain Johor Darul Ta’zim II – Daryl Sham dan Ahmad Aysar Hadi; penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim; dua pemain Terengganu FC II, Muslihuddin ‘Atiq dan Safwan Mazlan; pemain Kuala Lumpur City FC, Haqimi Azim Rosli serta pemain kelab Jepun, Azul Claro iaitu Hadi Fayyadh.
Skuad B-23 kebangsaan akan menjalani latihan harian di sepanjang kem latihan pusat kali ini di UM Arena, Kuala Lumpur dengan 31 pemain yang dipanggil ini akan melapor diri secara berperingkat selepas masing-masing selesai komitmen perlawanan bersama kelab masing-masing dalam saingan Liga Super 2022 dan Liga Premier 2022.
Mereka dijadual akan mengadakan dua Perlawanan Antarabangsa Tier 2 bertemu Timor-Leste B-23 pada 29 April 2022 dan Filipina B-23 pada 1 Mei 2022, dengan kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung secara tertutup tanpa kehadiran penonton berdasarkan persetujuan daripada pasukan-pasukan yang terlibat.
Maloney kemudian akan menamakan senarai akhir 20 pemain ke Sukan SEA 2021 yang mana skuad B-23 kebangsaan dijadual berlepas dari KLIA, Sepang ke Hanoi, Vietnam pada 4 Mei 2022. (Mengikut peraturan penganjur, seramai 20 pemain sahaja boleh dibawa dan pemain tambahan hanya dibenarkan menyertai pasukan jika terdapat mana-mana pemain disahkan positif COVID-19 untuk menggantikan pemain tersebut)
Bagi saingan Kumpulan B pada Sukan SEA 2021 itu nanti, Malaysia akan memulakan kempen berdepan Thailand pada 7 Mei, Laos pada 11 Mei, Singapura pada 14 Mei dan Kemboja pada 16 Mei 2022, dengan kesemua perlawanan kumpulan tersebut dijadual berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.
Sementara saingan Kumpulan A yang dibarisi tuan rumah yang juga juara bertahan, Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor-Leste pula dijadual berlangsung di Stadium Viet Tri, Phu Tho.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan seterusnya akan layak ke separuh akhir pada 19 Mei di Stadium Thien Truong dan Stadium Viet Tri manakala perlawanan penentuan pingat gangsa dan Final dijadual berlangsung pada 22 Mei 2022 di Stadium My Dinh, Hanoi. www.fam.org.my