Berikut senarai terbaharu 23 pemain dipanggil ketua jurulatih sementara skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menghadapi perlawanan keenam Kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bertemu Palestin di Stadium King Hussein Sport City di Amman, Jordan, 12 November ini.
No | NAMA | UMUR | POSISI | PASUKAN |
1 | AHMAD HAZWAN BAKRI | 24 | PENYERANG | SELANGOR |
2 | AZRIF NASRULHAQ BADRUL HISHAM* | 24 | PERTAHANAN | SELANGOR |
3 | CHRISTIE JAYASEELAN | 29 | TENGAH | FELDA UNITED |
4 | SHAHRUL SAAD | 22 | PERTAHANAN | FELDA UNITED |
5 | ADAM NOR AZLIN | 19 | TENGAH | HARIMAU MUDA B |
6 | NAZIRUL NAIM CHE HASHIM | 22 | PERTAHANAN | HARIMAU MUDA B |
7 | SYAHRUL AZWARI IBRAHIM* | 22 | TENGAH | HARIMAU MUDA B |
8 | ISMAIL FARUQI ASHARI | 29 | TENGAH | TERENGGANU |
9 | REDZUAN SUHAIDI* | 20 | TENGAH | PULAU PINANG |
10 | RONNY HARUN* | 31 | PERTAHANAN | SARAWAK |
11 | KHAIRUL FAHMI CHE MAT | 26 | PENJAGA GOL | KELANTAN |
12 | AMIRIZDWAN TAJ TAJUDDIN | 29 | PERTAHANAN | KELANTAN |
13 | WAN ZACK HAIKAL WAN NOR | 24 | TENGAH | KELANTAN |
14 | AHMAD FAKRI SAARANI* | 26 | PENYERANG | KELANTAN |
15 | KHAIRULAZHAN KHALID | 26 | PENJAGA GOL | PAHANG |
16 | RAZMAN ROSLAN | 31 | PERTAHANAN | PAHANG |
17 | MATTHEW DAVIES | 20 | PERTAHANAN | PAHANG |
18 | IZHAM TARMIZI ROSLAN | 24 | PENJAGA GOL | JOHOR DARUL TA’ZIM |
19 | S CHANTHURU | 28 | TENGAH | JOHOR DARUL TA’ZIM |
20 | AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK | 28 | PERTAHANAN | JOHOR DARUL TA’ZIM |
21 | SAFIQ RAHIM | 28 | TENGAH | JOHOR DARUL TA’ZIM |
22 | AMRI YAHYAH | 34 | PENYERANG | JOHOR DARUL TA’ZIM |
23 | FAZLY MAZLAN* | 22 | PERTAHANAN | JOHOR DARUL TA’ZIM |
Kim Swee terpaksa menggugurkan enam pemain daripada senarai asal 23 pemain yang dikeluarkan pada 29 Oktober lalu iaitu Baddrol Bakhtiar (Kedah), Zubir Azmi (Terengganu), Azammuddin Akil (Pahang), Hafiz Kamal (Pahang), S Kunanlan (JDT) dan Gary Steven Robbat (JDT).
Zubir, Hafiz dan Gary disahkan cedera manakala Baddrol melangsungkan perkahwinan dan Azammuddin menyambut kelahiran anak. Kunanlan pula mengalami kecederaan selepas perlawanan menentang Perak, malam tadi.
Bagi mengisi kekosongan berkenaan, Kim Swee telah memanggil enam pemain dari senarai menunggu sebelum ini ke dalam senarai terbaharu 23 pemain yang akan berlepas ke Amman, Jordan jam 11 malam ini.
Mereka yang dipanggil terdiri daripada Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Selangor), Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda B), Redzuan Suhaidi (Pulau Pinang), Ronny Harun (Sarawak), Ahmad Fakri Saarani (Kelantan) dan Fazly Mazlan (JDT).
Bagaimanapun, Kim Swee meminta tiga pemain yang tidak dibawa ke Amman iaitu Baddrol, Azammuddin dan Kunanlan bersama-sama baki lima lagi pemain dari senarai menunggu iaitu Nurridzuan Abu Hassan (Perak), Badrul Hisham Morris (T-Team), Farhan Abu Bakar (Harimau Muda B) serta Nazrin Nawi dan Mahalli Jasuli (JDT) berada dalam keadaan bersedia untuk dipanggil sekembalinya skuad kebangsaan dari Amman pada 13 Oktober ini.
Ia sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan menggantikan mana-mana pemain yang cedera atau digantung perlawanan selepas aksi bertemu Palestin kerana skuad kebangsaan selepas ini akan berdepan pula UAE untuk perlawanan ketujuh Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam pada 17 November ini.
Safee Sali yang digantung satu perlawanan juga diminta untuk melapor diri ke kem latihan skuad kebangsaan pada 13 November ini.