khairul-2

khairul-3

Oleh Ku Mohd Lufti

Saingan Moto GP khususnya penampilan untuk tempoh lima tahun akan datang di Litar Antarabangsa Sepang, (SIC) tidak mudah untuk dimeterai.

Faktor penampilan pelumba pelumba Asia khususnya yang semakin menampilkan peningkatan menjadi faktor penarik Dorna Sport untuk terus bekerjasama dengan SIC dalam menganjurkan GP Malaysia.

Saban tahun, keputusan yang dilakar mempamer peningkatan dan sudah mampu untuk berada di kelompok pertengahan.

Malaysia juga tidak ketinggalan bersaing dengan negara Asia seperti Jepun dan Thailand yang giat membangunkan pelumba sukan permotoran.

2015, bermula dengan status rookie, kini pelumba negara mula menjadi tumpuan dan itulah yang dilakukan dua pelumba, Hafiz Syahrin  Abdullah dan Khairul Idham Pawi.

Hafiz yang beraksi dalam kategori Moto 2 berjaya menempatkan diri di kelompok 10 terbaik dunia setakat ini berbanding kedudukan ke 16 tahun lalu.

Pelumba dalam pembikinan Khairu Idham Pawi paling mengejutkan apabila menaiki podium sebanyak dua kali apabila menakluk GP Argentina dan Jerman tahun ini.

Samada tuah atau itulah kehebatan anak jati Perak ini dan sejarah telahpun tertulis di dalam lembaran kalendar Moto GP musim 2016.

“Mungkin ramai lagi pelumba dari Malaysia yang akan naik dan saya harap, kami semua dapat melakukan yang terbaik untuk tahun hadapan.” Kata Khairul Adham Pawi.

Hanya sekali mencuba pada 2015, tahun ini, pasukan Honda Team Asia cukup bertuah memilih anak muda berusia 18 tahun ini untuk mewakili pasukan.

Persembahannya boleh dianggap konsisten sepanjang perlumbaan dan sekali sekala menghidangkan kejutan.

“Bagi tahun ini, saya hanya belajar dari aspek mempersiapkan jentera, dan sebenarnya masih banyak lagi yang perlu saya belajar. Saya ada sasaran sendiri untuk tahun depan, tetapi saya mahu fokus musim ini terlebih dahulu,” katanya lagi

Tidak mahu membuang masa, Khairul atau kini kenali dengan Super KIP sentiasa bersama motor untuk mencari idea serta mengenali dengan lebih dekat tentang perlumbaan Moto GP.

“Selalu saya akan buat latihan kecergasan dan berlatih dengan motor untuk tingkatkan kemahiran sedia ada,” katanya.

Dalam kesibukan dan jadual yang padat untuk persiapan perlumbaan, KIP tidak melupakan peminat peminat yang terus memberi sokongan kepadanya.

Khairul meluangkan masa bersama sama peminat selepas tamat perlumbaan Moto 3 di Litar Antarabangsa Sepang minggu lalu hasil usaha daripada syarikat pengeluar minuman tenaga, Redbull.

- Advertisement -