Liga AEON Credit Purple League Junior 2020 (Wilayah 1) baru sahaja berakhir, dengan persembahan aksi cemerlang dari Seremban City BC (Kumpulan A) dan Klang Rising BC (Kumpulan B) memperoleh rekod kemenangan untuk mara ke final sebagai pasukan “seeded”.
Dalam Kumpulan B, dua pasukan yang menang semalam – Klang Rising BC dan Bangi City BC – bertanding pada tengah hari ini untuk menempah tempat di perlawanan akhir, di mana Klang Rising BC mencatatkan kemenangan 13-6 untuk menempah tempat di final. Bangi City BC pula bersaing untuk tempat kedua dalam perlawanan pada petang hari ini dengan Kajang United BC dan akhirnya menang.
Pasukan lain yang layak untuk mara ke perlawanan akhir ialah naib juara Kumpulan A, S2 All Star BC yang mempunyai rekod kemenangan 3 dengan 2 kekalahan. Perlawanan final Liga pada asalnya dijadualkan berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya pada 21 dan 22 November ini, namun disebabkan keadaan wabak COVID-19 yang semakin meningkat, penganjur mungkin dijadual mengeluarkan notis pada minggu ini untuk mengemas kini perkembangan tarikh liga selanjutnya.
Pemain yang paling menyerlah dari wilayah pertama ialah Lai Zi Ying, berusia 18 tahun yang berjaya mencetak mata dalam keempat-empat perlawanan yang dimainnya, sekaligus menjadikannya bintang pemain wanita di Klang Rising BC.
Pemain perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran semuanya menunjukkan bahawa mereka berada di puncak kecemerlangan dan semangat juang yang kental dengan hanya tewas satu perlawanan dari kesemua lapan perlawanan.
Jurulatih beliau, Roni Tan berkata, pemainnya, Zi Ying memainkan peranan penting dalam membantu pasukannya mengutip poin kemenangan dan menjadikan mereka antara pasukan terbaik yang beraksi di Wilayah 1.
Sementara itu, Zi Ying yang sudah mencecah usia 18 tahun sekaligus menjadikan perlawanan ini perlawan terakhirnya di dalam liga junior, tidak mahu memberi tekanan kepada dirinya sendiri, sebaliknya, beliau merasakan adalah lebih penting untuk mengikuti arus perlawanan dan menikmati permainan. Bintang Klang Rising BC itu mendedahkan bahawa dia sentiasa menganggap kekuatan mentalnya sebagai aset terbesarnya. Apabila ditanya sama ada jika diberi peluang untuk memilih gaya bermain antara perseorangan, beregu dan beregu campuran, dia mengakui bahawa sebenarnya, pilihan utamanya ialah sebagai pemain beregu.
“Kelemahan saya adalah keadaan fizikal saya, jadi saya lebih suka bermain beregu, tetapi sekali lagi, dalam beregu, tidak semestinya mudah untuk mencari pasangan yang sesuai.”
Dia berpuas hati dengan pencapaiannya dalam pertandingan itu dan berharap dapat memecahkan rekod kemenangan sekali lagi di pusingan akhir.
Dengan berakhirnya perlawanan di wilayah pertama ini, Ketua Eksekutif Operasi Purple League, Jo Khek Mong berkongsi secara ringkas tenyang peralihan kuasa MPL olehnya , salah satu langkah yang diambilnya adalah memastikan permainan junior diuruskan, bagi memberi peluang kepada lebih ramai bakat tempatan. Bagi kejohanan ini, 100% pemain yang terlibat merupakan pemain tempatan, yang kebanyakannya telah mencapai keputusan yang memberangsangkan, menjadikan liga Junior itu diiktiraf oleh banyak kelab.
“Terdapat banyak bakat baru yang mempunyai potensi tinggi dalam bidang sukan ini, dan kebanyakkn remaja berusia 15-17 tahun sedang menunggu peluang untuk bersinar dan kami gembira untuk membina platform ini untuk mereka.”
Ho menegaskan bahawa disebabkan kemunculan pertandingan berskala besar, trend itu secara langsung telah menyumbang kepada penubuhan banyak kelab badminton, yang dilihat memberi impak besar kepada pembangunan industri badminton.
“Ramai bekas pemain yang mempunysi rekod yang baik dan bersemangat, seperti Iskandar Zulkarnain, telah beralih menjadi jurulatih sukan dan terus bekerja keras demi sukan yang mereka cintai serta ingin kekal memupuk generasi akan datang yang lebih baik.”
Beliau menambah, “Disebabkan wabak COVID 19, perlawanan di wilayah ini terhad kepada 10 pasukan buat masa ini, dan lebih daripada 15 pasukan dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan serantau akan datang.”
Ho berhasrat untuk membina sistem kelab yang melibatkan semua kelab badminton di peringkat akar umbi yang menyokong satu sama lain. Ini memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk belajar antara satu sama lain dan untuk lebih memahami sukan ini. Tambahan pula, sebagai penaung MPL, jika beliau mendapati kelab mana yang menghadapi masalah, ataupun kejayaan kelab tidak kesampaian, beliau akan memberi lebih perhatian dan membantu kelab tersebut.
Keputusan AEON CREDIT PURPLE LEAGUE JUNIOR 2020- Region 1
October 4, 2020, 8.30am
S2
All Star BC menang Sentul Times BC 15-0 (165-63)
Klang Rising BC menang Setapak BC 15-0 (165-59)
Sepang BC ditewas Kajang United BC 1-15(108-174)
October 4, 2020, 12.00noon
Setapak BC ditewas t Sepang BC 0-15 (87-165)
Setia Alam BC ditewas S2 All Star BC 6-13(162-180)
Klang Rising BC menang Bangi City 13-6(195-140)
October 4, 2020,3.30pm
Kajang UnitedBC ditewas Bangi BC7-12 (164-188)
Sentul Times BC ditewas Seremban City BC3-14(108-179)
Group A
Kddk | Pasukan | P | W | GW | GL | PW | PL |
**1 | Seremban City BC | 3 | 3 | 36 | 19 | 537 | 426 |
*2 | S2 All Star BC | 3 | 2 | 35 | 17 | 496 | 398 |
3 | Setia Alam BC | 3 | 1 | 27 | 29 | 506 | 464 |
4 | Sentul Times BC | 3 | 0 | 8 | 41 | 270 | 521 |
Group B
Kddk | Pasukan | P | W | GW | GL | PW | PL |
**1 | Klang Rising BC | 4 | 4 | 58 | 9 | 714 | 399 |
*2 | Bangi City BC | 4 | 3 | 47 | 24 | 673 | 560 |
3 | Kajang United BC | 4 | 2 | 39 | 30 | 641 | 561 |
4 | Sepang BC | 4 | 1 | 21 | 44 | 479 | 611 |
5 | Setapak BC | 4 | 0 | 2 | 75 | 298 | 674 |
** Seeded team in Grand final
*Advance to Grand final