SMK Seri Titiwangsa gagal meraih tiga mata pertama apabila tewas 1-2 kepada SSM Pahang dilaman sendiri pada perlawanan pembukaan tirai Liga Piala Remaja KPM-FAM Bawah 17 Tahun, Sabtu lepas.
Che Muhammad Izuwan Che Mohamad dan Muhammad Aiman Syakir Mohd Zulkifli meranapkan kelebihan gol tuan rumah, Muhammad Afif Azzudin Zulkifli untuk memberikan tiga mata pertama buat SSM Pahang.
Dalam pada itu, empat pasukan berkongsi tiga mata sekaligus memulakan misi memburu takhta liga.
Carta liga diungguli wakil Melaka, SMK Seri Kota, yang menewaskan SMK Datuk Peter Monjuntin dari Sabah, 3-0.
SMK Seri Kota mendahului dua gol dalam tempoh 20 minit menerusi Muhammad Akmal Azuan, minit ke 6 dan Najmi Rosli di minit ke 19.
Sebelum tamat separuh masa pertama, Muhammad Ikhmal Affandi melengkapkan kemenangan SMK Seri Seri Kota dilaman sendiri dengan gol ketiga.
SMK Seri Kota bagaimanapun diekori rapat tiga pasukan, SMK Gunung Rapat (Perak), SSM Pahang dan MSS Putrajaya yang turut berkongsi tiga mata, dibezakan dengan jumlah jaringan selepas turut melakar kemenangan ke atas lawan masing masing.
Sementara itu, saingan Liga Piala Menteri Pendidikan Bawah 14 Tahun, milik SMK Seberang Temerloh, Pahang yang berpesta gol 4-1 ke atas SMK Putera, Kelantan dilaman sendiri sekaligus menerajui liga.
Muhammad Azrul Haikal Ramli muncul wira apabila muncul pemain pertama meledak hatrik di kedua dua babak perlawanan, manakala satu lagi gol tuan rumah dijaringkan Muhd Amirul Safri.
Pelawat memperoleh gol saguhati menerusi Muhd Syaqimi Rozi.
Di Subang, dua jaringan kapten pasukan Aiman Haikhal Azman membantu Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, SSTMI melakar kemenangan 3-0 ke atas tuan rumah, SMK Seksyen 11.
Manakala Muhd Iman Kassim menyumbang satu gol diminit ke 36, sekaligus meletakkan SSTMI dibelakang pendahulu, SMK Seberang Temerloh.
Jurulatih SSTMI Osmera Omaro bagaimanapun tidak berpuas hati dengan persembahan nak didiknya.
âPemain pemain ini takut dan tidak boleh bermain dibawah tekanan. Kita gagal mengawal bola dengan baik sepanjang perlawanan. Malah pemain terlalu menghormati lawan dan ia sesuatu yang perlu dibimbangkan meskipun ini adalah aksi pertama.â Kata Osmera Omaro.
Dibawah SSTMI adalah lima pasukan, SMK Bukit Nenas(Terengganu), SSM Pahang, SMK Gunung Rapat (Perak), SSM Bukit Jalil dan SMK Seri Kota (Melaka) yang turut berkongsi tiga mata selepas meraih kemenangan dalam perlawanan pertama bagi musim 2016.
Liga Piala Kementerian Pelajaran Malaysia dan Piala Super 100 PLUS adalah beberapa program dan pertandingan peringkat remaja yang disokong 100 PLUS, pembekal minuman isotonic di Malaysia.
Selain bolasepak kejohanan lain seperti, kejohanan Golf Remaja Terbuka Malaysia 100PLUS, dan kejohanan Badminton Remaja Sirkit KEbangsaan 100PLUS.
100PLUS diiktiraf oleh Majlis SUkan Negara, MSN.
KEPUTUSAN
LIGA PIALAÂ REMAJA KPM-FAMÂ BAWAH 17 TAHUN
SMK SEBERANG TEMERLOH (SSN PAHANG) 2
SMK PUTERA (SSN KELANTAN) 1
SMK BUKIT NENAS (SSN TERENGGANU) 1
SMK TABUAN JAYA (SSN SARAWAK) 1
SMK TUNKU ANUM T.A.R (SSN KEDAH) 0
MSS PUTRAJAYA (B17) 1
SMK SERI TITIWANGSA (SSN WP K LUMPUR) 1Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â
SSM PAHANG (B15) 2
SMK TUN HUSSEIN ONN (SSN JOHOR) 1
SMK GUNUNG RAPAT (SSN PERAK) 2
SMK SERI KOTA (SSN MELAKA) 3
SMK DATUK PETER MONJUNTIN (SSN SABAH) 0
LIGA PIALAÂ MENTERI PENDIDIKAN (B14)
SMK SYED HASSAN (SSN PERLIS) 0
SSM BUKIT JALILÂ (B14) 2
SMK SEKSYEN 11 (SSN SELANGOR) 0
SSM TUNKU MAHKOTA ISMAIL (B14) 3
SMK SEBERANG TEMERLOH (SSN PAHANG) 4
SMK PUTERA (SSN KELANTAN) 1
SMK BUKIT NENAS (SSN TERENGGANU) 3
SMK TABUAN JAYA (SSN SARAWAK) 1
SMK TUNKU ANUM T.A.R (SSN KEDAH) 1
MSS PUTRAJAYA (B14) 1
SMK SERI TITIWANGSA (SSN WP K LUMPUR) 1
SSM PAHANG (B13) 3
SMK TUN HUSSEIN ONN (SSN JOHOR) 2
SMK GUNUNG RAPAT (SSN PERAK) 3
SMK SERI KOTA (SSN MELAKA) 1
SMK DATUK PETER MONJUNTIN (SSN SABAH) 0