Selepas liga Perancis yang berdepan pembatalan bagi musim 2020. liga domestik di Itali turut berkemungkinan berdepan nasib yang sama.
Menteri Sukan Itali, Vicenzo Spadafora liga utama, Serie A berkemungkinan besar tidak akan disambung musim ini susulan pandemik Covid 19.
Liga domestik di tunda pada 9 Mac selepas Itali mengenakan perintah berkurung kerana kes positif Covid 19 yang melanda negara itu mencecah angka 200 ribu dengan lebih 27 ribu kes kematian direkodkan sehingga kini.
Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengarahkan perintah berkurung ditamatkan pada 4 Mei depan dan sesi latihan melibatkan kesemua sukan dibenarkan bermula 18 Mei.Â
Spadafora ketika ditemubual media tempatan, jika beliau diletakkan sebagai salah satu pengurus kelab, dia mencadangkan agar liga dimulakan pada musim depan.
Perancis dan Belanda telah mengumumkan pembatalan liga sementara Liga Perdana Inggeris, dan Bundesliga di memutuskan untuk menyambung saingam musim 2020.
Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) telah merangka protokol perubatan dan keselamatan ketika sesi latihan, namun pakar perubatan tempatan berpendapat ianya masih belum memadai.