Tiga pemain daripada senarai 19 pemain dalam kem latihan pusat terpaksa diketepikan Marcelo untuk senarai akhir di atas iaitu penjaga gol, Mohd Rahimi Abdul Shatar serta Afif Asyraf Muhd Halil dan Faisal Saharudin.
KOMEN JURULATIH SKUAD FUTSAL LELAKI MALAYSIA, MARCELO SERPA
“Tidak banyak perubahan saya lakukan daripada senarai 16 pemain yang dibawa untuk siri lima aksi persahabatan di Jepun, awal bulan lalu. Cuma kali ini saya menyenaraikan Abu Haniffa menggantikan Afif Asyraf dan penjaga gol, Mohd Noor Azrin menggantikan Mohd Rahimi.
“Sudah tentu sasaran utama kali ialah untuk mara ke separuh akhir bagi melayakkan diri secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan Futsal AFC 2016 di Uzbekistan pada Februari depan.
“Jika sudah berjaya layak ke separuh akhir, sudah tentu sasaran kedua kami adalah untuk melangkah ke final. Berdasarkan persiapan baik menjelang kejohanan kali ini, saya rasa pasukan ini memiliki kemampuan untuk melangkah ke final.
“Lagipun Malaysia sudah lama tidak beraksi di final (kali terakhir pada 2010) dan dua kali berturut gagal ke separuh akhir (2013 dan 2014).
“Jadi kali ini jika kami berjaya mara sehingga final, sudah tentu kami cuba untuk menjuarai Kejohanan Futsal AFF ini buat kali pertama. Memang bukan mudah kerana Thailand dan Australia (dua finalis pada dua edisi terakhir) pasukan yang kuat.
“Tapi jika persiapan kita baik, untuk satu perlawanan mana tahu kita mampu menundukkan mereka. Saya rasa prestasi pemain dan pasukan kita kali ini lebih baik dan tersusun. Jika pemain teruskan persembahan sama seperti pada aksi persahabatan ketika kejohanan sebenar nanti, kita boleh dapatkan keputusan yang baik.”
NO | NAMA | POSISI | PASUKAN |
1 | MOHD FIRDAUS RAZALI | GK | MPSJ |
2 | SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR | ALA | MPSJ |
3 | MUHAMMAD SHAMSUL AKMAR ZAMRI | PIVOT | MPSJ |
4 | ABU HANIFFA HASAN | DF | FELDA UNITED |
5 | MUHAMMAD FITRI MUHAMAD YATIM | DF | FELDA UNITED |
6 | QAISER HESHAAM ABDUL KADIR | ALA | FELDA UNITED |
7 | AHMAD FAWZUL HADZIR | PIVOT | FELDA UNITED |
8 | SAIFUL NIZAM MOHAMAD ALI | PIVOT | FELDA UNITED |
9 | MUHAMMAD AKMAL YAZADH AMRI | ALA/PIVOT | FELDA UNITED |
10 | AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ | GK | FELDA UNITED |
11 | MOHD RIDZWAN BAKRI | ALA/PIVOT | SABAH |
12 | MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHARIN | ALA/PIVOT | SELANGOR |
13 | SAIFUL AULA AHMAD | DF | SELANGOR |
14 | AKMARULNIZAM MOHD IDRIS | ALA/DF | PAHANG |
15 | MUHAMMAD SHAMAR FADZIL | ALA/DF | MELAKA |
16 | MOHD NOOR AZRIN ADNAN | GK | KL MK |
JADUAL PERLAWANAN KEJUARAAN FUTSAL AFF 2015 DI BANGKOK, THAILAND:
KUMPULAN A
8 OKTOBER
Timor Leste lwn Singapura, 5.30 ptg
Brunei lwn MALAYSIA, 8 mlm
9 OKTOBER
Timor Leste lwn Brunei, 5.30 ptg
Singapura lwn Thailand, 8 mlm
10 OKTOBER
Singapura lwn Brunei, 5.30 ptg
Thailand lwn MALAYSIA, 8 mlm
11 OKTOBER
MALAYSIA lwn Timor Leste, 5.30 ptg
Brunei lwn Thailand, 8 mlm
12 OKTOBER
Singapura lwn MALAYSIA, 5.30 ptg
Thailand lwn Timor Leste, 8 mlm
* Kumpulan B: Australia, Vietnam, Laos, Myanmar & Filipina
14 OKTOBER
Separuh akhir 1: Juara Kumpulan A lwn Naib juara Kumpulan B, 3 ptg
Separuh akhir 2: Juara Kumpulan B lwn Naib juara Kumpulan A, 8 mlm
16 OKTOBER
Penentuan tempat ke-3 & ke-4, 3 ptg
Final, 8 mlm
* Waktu perlawanan dinyatakan adalah mengikut waktu Malaysia