Oleh Ku Mohd Lufti
Pengendali skuad Sukan SEA negara, Frank Bernhadrt mengharapkan permintaannya dipenuhi oleh badan induk bolasepak Malaysia (FAM) andai mahu merealisasikan impian memburu pingat emas tahun depan.
Kerisauan mula ditimbulkan Bernhardt susulan kurang masa yang boleh diluangkan oleh pemain pemain skuad bawah 22 tahun negara dalam melakukan persiapan.
âSelepas pulang daripada jelajah Jepun, pemain pemain sendiri bersetuju untuk berkumpul bersama dan bermain lebih kerap. Jika kami tidak dapat bersama untuk satu tempoh yang sesuai samada sekurang kurangnya setengah tahun atau tiga mahupun empat bulan, misi untuk memenangi pingat emas adalah mustahil.
âSetiap sesi latihan pusat, mereka akan berdepan masalah untuk mengadaptasi corak permainan yang saya mahukan dan memakan masa beberapa hari, malah tahun depan kami hanya ada dua tarikh sahaja untuk bersama sebelum Sukan SEA bermula.âKata Frank Bernhardt.
Setakat ini, skuad bawah 22 tahun hanya berhimpun untuk aksi persahabatan menentang skuad bawah 22 tahun Filipina dan skuad senior Nepal pada Mac lalu sebelum beraksi untuk Piala Negara Negara penghujung Jun diikuti siri jelajah ke Jepun pada bulan berikutnya.
Tambah Bernhardt ini sahaja jalan terbaik yang boleh difikirkan oleh pengendlai JErman itu dan ia telahpun diusulkan kepada FAM.
Keputusan perbincangan tersebut akan dibawa ketika perbincangan bersama wakil pengurusan pasukan yang terlibat dalam liga di Malaysia penghujung Ogos ini.
Saingan Piala AFF Bawah 19 Tahun dijadual bermula pada 11 hingga 24 September di Hanoi, Vietnam.
Malaysia diundi bersama sama tuan rumah, Vietnam, Timor Leste, Singapura dan Filipina di dalam kumpulan A.
Manakala kumpulan B menyaksikan 6 pasukan iaitu Thailand, Laos, Myanmar Australia, Kemboja dan Indonesia.
Malaysia akan memulakan saingan berdepan Filipina pada 13 September di Stadium Hang Day sebelum menentang Singapura pada 15 September.