Kontinjen Malaysia mengumpul empat pingat emas pada hari terakhir temasya dwitahunan Sukan SEA 2019 dimana olahraga dan Hoki dalam dewan masing masing menyumbang dua pingat emas.
Muhammad Hakimi Ismail menyumbang emas pertama menerusi acara lompat kijang dimana catatan 16.68 meter gagal dicabar enam peserta lain.
Perak milik atlet tuan rumah, Mark Harry Diones yang dibezakan dengan 0.26 meter sementara Sapwaturrahman dari Indonesia ketiga dengan jarak lompatan sejauh 16.21 meter.
Emas kedua dari kem olahraga diperolehi menerusi lempar cakera. Muhd Irfan Shamsuddin sukar dicabar apabila lontarannya sejauh 57.29 meter terlalu jauh untuk dicabar.
Perak milik atlet tuan rumah, Morrison William III yang melakukan lontaran sejauh 51.38 meter.
Melengkapkan podium Naroong Benjaroon dari Thailand yang mencatat 51.29 meter.
Manakala dua lagi emas disumbang oleh skuad hoki dalam dewan negara lelaki dan perempuan yang menewaskan Thailand dipentas akhir.
Skuad wanita dipaksa beraksi sehingga shoot out sebelum menang 2-0 selepas kedua dua pasukan terikat satu sama pada masa sebenar.
Manakala skuad lelaki melakar kemenangan selesa 3-1 untuk menutup misi pemburuan pingat emas buat kontinjen Malaysia.
Secara rasmi, Malaysia menutup saingan temasya Sukan SEA ke 30 dengan 55 pingat emas, 58 pingat perak dan 71 pingat gangsa.
Setakat jam 1.00 pagi (waktu tempatan) pihak penganjur, PHISGOC masih belum mengemaskini pungutan pingat emas Malaysia selepas bersetuju untuk mengembalikan pingat emas yang dimenangi Izzah Amzan dalam acara Gimrama displin Reben.
PHISGOC mengubah keputusan untuk memberikan pingat perak kepada Izzah pada 8 Disember lalu tanpa memaklumkan kepada wakil Malaysia atau mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
Izzah dinobat sebagai pemenang pingat emas bersama Koi Sie Yan dalam acara Gimrama apparatus reben selepas kedua dua atlet mengumpul 15.200 mata.