Chef de Mission Malysia ke Sukan Sea ke 30, Datuk Megat Zulkarnain Omardin meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan wakil media Malaysia yang bertugas di Manila sepanjang Sukan SEA 2019.
Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy, Manila tengah hari tadi dan dijadual akan menyaksikan perlawanan bola jaring petang ini melibatkan Malaysia dan Brunei Darussalam.