Dua pemain Perak FC Shahrul Saad dan pemain naturalisasi, Guilhelme De Paula sah menjadi pemain Johor Daruk Takzim (JDT).
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Harimau Selatan menerusi laman sosial Johor Southern Tigers hari ini.
De Paula akan menyarung menyarung jersi nombor 31 manakala nombor 32 adalah untuk Shahrul Saad.
Ketua Pegawai Eksekutif Perak, Rizal Ali Naizali baru baru ini mengesahkan Shahrul Saad dan Guilherme de Paula meminta pelepasan untuk meninggalkan The Bos Gaurus susulan isu tunggakan gaji.
Kenyataan oleh JDT menjelaskan, âDe Paula dan Syafiq Ahmad merupakan ‘back-up’ kepada Bergson (da Silva),â.
Laporan media tempatan mendedahkan pemain pemain Perak FC enggan menjalani sesi latihan malam tadi sebagai tanda protes kepada pengurusan Perak FC.
Namun, ia dilihat selesai apabila pengurusan Perak FC memberi jaminan tunggakan sebulan gaji akan diselesaikan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri menyaksikan pemain pemain bersetuju untuk turun menjalani latihan petang ini.
Penyertaan Shahrul Saad dijangka menguatkan lagi benteng Harimau Selatan yang kini sudah memiliki Adam Nor Azlin, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mauricio Dos Santos dan beberapa nama lain.