Pengurus pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae Yong diarah oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk kembali ke Indonesia bagi mengendalikan persiapan skuad B19 negara itu.

Pengendali berusia 49 tahun itu diberi tempoh sehingga penghujung Jun ini atau berdepan kemungkinan dipecat.

Shin Tae Yong dan pembantunya kini berada di Korea Selatan sejak 3 April lalu susulan pandemik coronavirus yang melanda Indonesia.

Laporan media tempatan, Shin Tae Yong memutuskan untuk tinggal lebih lama dan membawa pemain pemain menjalani latihan pusat di Korea Selatan, namun ia tidak ‘direstui’ oleh PSSI 

Indonesia kini menghuni ranking ke 30 dunia dalam senarai negara yang dijangkiti Covid 19 dengan 43 803 kes jangkitan dan 2373 kematian dicatatkan setakat hari ini.

Ketua Satuan Tugas (Satgas) Indonesia, Syarif Bastaman keingkaran Shin Tae Yong mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh PSSI akan memberi kesan terhadap masa depannya bersama Sang Garuda.

Kontraknya akan dikaji semula dan kemungkinan besar Shin Tae Yong akan dipecat.

Perbincangan awal yang dilakukan dengan PSSI sebelum beliau pulang ke Korea Selatan, beliau bersetuju untuk kembali semula dalam waktu terdekat.

Namun perkara sebaliknya terjadi apabila media tempatan mendedahkan beliau belum bersedia untuk kembali ke Indonesia.

Shin Tae Yong menandatangani kontrak sebagai pengendali skuad kebangsaan Indonesia pada Disember 2019.

Spekulasi juga bertiup yang menyatakan hubungannya dengan barisan kejurulatihan yang agak dingin sekaligus mengaitkan masa depannya bersama Sang Garuda.

Shin Tae Yong mendedahkan kepada media di Korea Selatan tidak selesa dengan suasana dingin yang sedang berlaku di dalam barisan kejurulatihan.

Ia semakin kuat apabila salah seorang daripada jurulatih tempatan, Indra Sjafri yang mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya, malah menyertai kelab tempatan dan dilantik sebagai Pengarah Teknikal.

 

 

- Advertisement -